PPDNKK Kedah Rampas 3,400 Liter Diesel Bernilai Lebih RM6,000 Di Bukit Kayu Hitam - pakdin.my

rampas-disel-kayu-hitam

Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Kedah merampas 3,400 liter minyak diesel bernilai lebih RM6,000 dalam serbuan di sebuah premis di kawasan perindustrian di sini, hari ini.

Ketua Penguatkuasanya, Shahrudin Hamzah berkata serbuan hasil maklumat awam kira-kira 2 petang tadi mendapati premis yang beroperasi sejak setahun lepas itu menyimpan minyak diesel secara haram.

Beliau berkata hasil pemeriksaan juga mendapati lesen menyimpan barangan kawalan milik seorang lelaki tempatan berusia 30-an itu telah tamat tempoh pada Ogos tahun lepas.

“Lelaki terbabit gagal memperbaharui lesen menyimpan barangan kawalan dan ia menjadi satu kesalahan kerana menyimpan barangan kawalan itu tanpa lesen. Kita bimbang ia akan disalahgunakan untuk tujuan penyeludupan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Shahrudin berkata pemilik premis tersebut akan dikenakan tindakan mengikut Peraturan 3(1) Perintah Akta Kawalan Bekalan 1961, dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda sebanyak RM2 juta.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya turut menyerbu sebuah lagi gudang menyimpan minyak di kawasan tersebut dan mendapati pemiliknya gagal mengemaskini buku stok petrol dan diesel.

Beliau berkata pihaknya merampas buku tersebut untuk tindakan lanjut mengikut Peraturan 13(1) Perintah Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Negeri ini berdekatan dengan sempadan dan pihak kami sentiasa memantau premis yang menyimpan petrol dan diesel agar tidak berlaku penyeludupan ke negara jiran Thailand,” katanya.

UTAMABERITAPPDNKK Kedah Rampas 3,400 Liter Diesel Bernilai Lebih RM6,000 Di Bukit Kayu...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium