30.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 22, 2020

PR Mahu IbuBapa Ammar Di Gantung

Jika kita semua dikejutkan dengan tindakan Muhammad Ammar Abd. Rahman dan beberapa peserta Janji Demokrasi tajaan Pakatan Rakyat yang biadap, tidak senonoh dan khianat, hari ini kita terkejut lagi dengan sebuah artikel di laman web SuaraPR yang menyatakan rasa ‘terkejut’ dengan berita di akhbar, sepertimana yang ditulisnya:

“LAMAN ini terkejut dengan tindakan ibu bapa pelajar, Muhammad Ammar Abd Rahman yang dikaitkan dengan tindakan menghina pemimpin negara kerana menunjukkan punggong kepada gambar Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah Mansur, kerana sanggup menyerahkan anak sendiri kepada polis untuk dikenakan tindakan!! Ibu bapa jenis apakah ini yang sanggup lihat anak sendiri masuk lokap?”

Artikel tersebut juga membandingkan ibu bapa Ammar dengan binatang kerana tidak sayangkan anak serta mempersoalkan kesalahan yang dibuat Ammar yang baginya terlalu remeh dan keanak-anakan untuk diambil hati.

Lebih mengejutkan lagi ialah ia membandingkan dengan kekukuhan semangat kekeluargaan keluarga Anwar Ibrahim yang tetap berada di belakangnya, walaupun apa jua tuduhan yang dikenakan terhadap beliau.

Kemuncaknya, penulis tersebut menyarankan yang ibu bapa Ammar wajar digantung!

Untuk seketika, penulis menjadi kelu dan bingung setelah membaca artikel tersebut. Hilang kata-kata dibuatnya. Apakah pemimpin PR merestui tindakan Ammar kita tidak tahu, tetapi kita pasti, Anwar Ibrahim dan keluarganya pasti merestui artikel yang ditulis oleh laman SuaraPR tersebut.

Melihat dari gaya pemikiran yang dipaparkan melalui artikel tersebut, maka akhirnya penulis dapat memahami bagaimana otak atau minda penyokong-penyokong Pakatan Rakyat berfungsi, atau pun lebih tepat, tidak berfungsi.

Ammar telah bertindak sedemikian tentunya kerana terlalu banyak meluangkan masa melayari laman-laman web pro-PR dan bergaul dalam kumpulan penyokong-penyokong PR. Bukan kita tidak tahu bahawa laman-laman pro-PR begitu giat menanam kebencian dan hasutan.

Apabila saban hari disuap dengan kebencian lalu mereka pun merasakan perlu meluahkannya untuk kelegaan sendiri iaitu melalui segala macam bahasa kesat dan teramat kesat terhadap subjek yang mereka benci, iaitu UMNO, BN, Kerajaan, malah Malaysia, melalui laman-laman sosial pula. Ini dilanjutkan ke perbincangan dan perbualan harian bersama rakan-rakan.

Lalu, mengutuk subjek yang mereka benci menjadi makanan rohani mereka setiap hari.

Apabila otak dan hati telah dipenuhi dengan benci, caci, carut, kutuk, hina, maki, hamun dan berbagai-bagai perkara yang buruk, maka akhirnya minda tidak dapat lagi berfungsi dengan baik lalu tidak lagi dapat mengawal atau mengerti akan tindakan yang dilakukan sendiri.

Ini menjelaskan kenapa Ammar memberi jawapan bahawa beliau tidak tahu kenapa beliau berbuat begitu iaitu sanggup menunjuk punggung ke atas gambar Perdana Menteri di khalayak ramai.

Memang Ammar sudah tidak tahu apa-apa dan begitu lah juga keadaannya penyokong-penyokong PR yang lain.

Maka tidak hairanlah otak mereka tidak lagi dapat memproses maklumat dan fakta mahupun merasai dan menghayati nikmat di depan mata. Akibatnya, mereka menjadi tidak bersyukur kerana segala sesuatu kelihatan begitu buruk di mata mereka.

Apabila kita memilih untuk melihat hanya keburukan ke atas segala sesuatu, maka lama kelamaan kita sendiri akan menjadi buruk. Iaitu buruk dari segi percakapan, pemikiran, sikap dan juga penampilan.

Sampai ke tahap ini, seseorang itu akan dengan sukarela membiarkan diri diheret oleh pemimpin PR untuk berdemonstrasi, merusuh dan melakukan kemusnahan atau apa saja. Bagai dirasuk iblis, mereka sudah hilang kesedaran atas apa yang mereka lakukan. Kerana itulah kita melihat peserta-peserta demonstrasi anjuran PR tidak kira yang bertudung, berjubah, berjanggut atau yang bersinglet dan berseluar pendek akan memekik-mekik, melolong dan terkinja-kinja seolah-olah gembira dan marah yang bercampur-baur yang mana mereka sendiri tidak dapat memahaminya.

Bagaimanapun, jika Ammar hanya menjadi separuh sedar ketika berada bersama kumpulan ini, penulis artikel di laman SuaraPR tersebut pula berada dalam separuh sedar secara berterusan.

Penulis berkata demikian kerana seorang yang benar-benar waras tidak mungkin akan mengutuk tindakan mulia ibu bapa Ammar. Sedangkan ibu bapa Ammar telah membuktikan bahawa mereka adalah ibu bapa yang baik, warganegara yang baik serta Muslim yang baik. Mereka sanggup menelan rasa malu bagi menegakkan prinsip bahawa yang salah, tetap salah, yang buruk tetap buruk, walaupun anak sendiri yang melakukannya.

Tindakan pantas mereka memberi peluang kepada anak mereka untuk kembali ke alam nyata dan memperbaiki diri. Kerana tindakan mereka, maka minda Ammar kini terpaksa atau dipaksa berfungsi kembali memikirkan kenapa beliau sanggup melakukan apa yang dilakukannya di Himpunan Janji Demokrasi tersebut. Ternyata Ammar tidak tahu apa-apa.

Seterusnya, minda Ammar kini perlu dipaksa melihat realiti di sekelilingnya secara sedar. Harapan kita agar beliau kembali dapat membezakan yang baik dan yang buruk serta yang benar dan yang palsu.

Harapan kita juga agar si penulis di laman SuaraPR tersebut dapat melakukan yang sama. Kita percaya, ibu bapa penulis tersebut juga pasti akan mengheretnya mendalami ilmu agama untuk memperbaharui ketakwaannya atau menyerahkannya terus kepada pihak yang berkenaan untuk dicuci mindanya, andai saja mereka mendapat tahu mengenai artikel yang ditulisnya. Ini kerana kita pasti, tidak ada ibu bapa yang mengajar dan menyokong anaknya berkelakuan biadab terhadap orang lain.

Apapun, tindakan Ammar adalah cerminan jiwa dan minda manusia-manusia yang menyokong dan memimpin PR. Kesilapan Ammar wajar dijadikan pengajaran kepada seluruh anak muda di Malaysia agar tidak terpengaruh dengan kegilaan yang dibawa oleh parti tersebut. Mengundi parti yang gila, pasti akan membawa bencana.

Berita Berkaitan

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan pada Ogos 2020, meningkat 24.7 peratus dari segi jumlah berbanding bulan yang sama tahun lalu,...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil kadar tarif elektrik bagi tahun depan berikutan penyusutan kos pengeluaran arang batu dan dan gas...

Media Prima dijangka catat untung

KUMPULAN media bersepadu, Media Prima Berhad (Media Prima) dijangka kembali mencatat keuntungan pada tahun kewangan 2021 dan 2022, demikian mengikut CGS-CIMB Securities International Pte...

Gading gajah di rumah Tun M jadi perhatian

Tun Dr Mahathir pada Ahad lalu memuat naik foto sedang menonton siaran langsung persidangan Parlimen Digital di Facebook melalui komputer riba. Namun menjadi tanda tanya...

Terowong Dasar Laut: Lim Guan Eng bakal didakwa?

Kertas siasatan projek pembinaan terowong dasar laut Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion kini berada di fasa akhir siasatan dan dijangka akan diserahkan kepada Pejabat...

Azmin Ali di ‘pulau’ di perasmian Rumah Generasi Ke 2 Felda di Felda Palong

Yang hadir hanyalah wartawan, polis pengiring serta beberapa orang urusetia yg mengikuti rombongan tak diundang itu..

Eksport getah asli negara meningkat

Eksport getah asli Malaysia meningkat 17.6 peratus pada Julai 2020 kepada 45,386 tan berbanding 38,587 tan pada Jun 2020, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia...

[Video] Penyamun bersenjata parang samun lapan sekeluarga

Siasatan awal mendapati terdapat enam penjenayah dengan menaiki sebuah kenderaan telah berhenti di luar rumah mangsa. 

Kes bebaskan 15 pendatang tanpa izin, enam anggota polis Hulu Selangor ditahan SPRM

“Kesemua anggota itu ditahan pada Rabu lepas bagi membantu siasatan berkaitan pembebasan 15 pendatang tanpa izin,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Rasuah bebaskan PATI: Hakim Mahkamah Sesyen pula ditahan SPRM

Tangkapan ini berkaitan dengan kes tangkapan sebelum ini melibatkan seorang peguam dan timbalan pendakwaraya dan beberapa anggota polis baru-baru ini.

Komen

..
00:00:53

#PRNSabah: Penularan Covid-19 di Sabah sandiwara kata Calon Warisan, Mohamaddin Ketapi

"Covid pandai melonjak hanya masa pilihanraya. Lepas pilihanraya, kes Covid di Sabah turun ke sifar" tuduh Ketapi. Pemimpin Warisan ini teruskan tuduhan dia bahawa kenaikan...

SPRM siasat kes beli undi awal #PRNSabah

KOTA KINABALU: Dua anggota keselamatan diberkas di Lahad Datu semalam selepas dipercayai membawa sejumlah wang, disyaki untuk membeli undi bagi sebuah parti politik. Sumber memaklumkan...
00:02:19

[Video] Shafie mengaku lantik keluarga, ‘orang semporna’ dalam jabatan, GLC #PRNSabah

"Unity" apa yang Warisan Plus laungkan jika Shafie sendiri mengaku melantik orang dia mengikut kaum ke jawatan-jawatan paling penting Sabah? "Sabah for Sabahans" atau "Sabah...
00:10:49

[Video] Pengundian awal #PRNSabah

Suasana hari pengundian awal di Mes Pegawai Kanan PDRM di Kepayan, Kota Kinabalu, Sabah yang dilangsungkan dalam keadaan mematuhi norma baharu atau SOP ditetapkan #PRNSabah #RaduTatapRadu #RaduSampaiRata #UndiBN https://youtu.be/hP-TkBhUQPk  

#PRNSabah: Pengundian awal bermula

KOTA KINABALU: Tepat jam 8 pagi tadi, sebanyak 55 pusat pengundian dibuka bagi 16,877 pengundi awal menjalankan tanggungjawab. Daripada jumlah itu, seramai 7,487 anggota tentera...

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,345PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...