Prasarana Buat Laporan Polis Berhubung Gambar Tren Tergelincir - pakdin.my

Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) telah membuat laporan polis berhubung penyebaran gambar lama menunjukkan sebuah tren Transit Aliran Ringan (LRT) tergelincir di laman sosial semalam.

Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana Datuk Shahril Mokhtar dalam kenyataan Khamis berkata laporan polis terhadap perbuatan tidak bertanggung jawab itu dibuat semalam di balai polis Ampang Jaya pada pukul 6.30 petang.

“Kami tidak ada pilihan lain, kami terpaksa melaporkan perkara itu kepada polis kerana ia amat serius,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kejadian itu menyebabkan keadaan panik yang tidak sepatutnya apabila penulis yang menyiarkan gambar berkenaan berbohong dengan mendakwa kejadian itu berlaku semalam.

“Talian hotline kami dihujani panggilan telefon daripada orang ramai dan pejabat komunikasi korporat kami menerima panggilan dari pihak media bertanya mengenai kejadian yang dikatakan itu,” katanya.

Lihat komen saya di facebook

UTAMABERITAPrasarana Buat Laporan Polis Berhubung Gambar Tren Tergelincir

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium