24.2 C
Kuala Lumpur
Friday, October 2, 2020

PRASYARAT MUZAKARAH NIK AZIZ BUKTI KETIDAKIKHLASAN

Daripada penentang terkuat cadangan kerajaan perpaduan (UG) tiga tahun lalu, kini Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat menjadi penyokong paling lantang pula untuk bermuzakarah dengan Umno.

Perubahan sikap dan pendirian pemimpin politik berusia 80 tahun ini telah menimbulkan kekeliruan di kalangan penyokong beliau.

Mungkin inilah yang dimaksudkan dengan ‘political charmeleon’ yang mampu bertukar-tukar warna pendirian politik apabila keadaan memerlukan.

Fenomena ini agak jelas dalam gabungan PKR-PAS-DAP yang menggelar mereka sebagai Pakatan Rakyat kerana pemimpin seperti Anwar Ibrahim, Abdul Hadi Awang, Lim Kit Siang serta Lim Guan Eng sering bertukar pendirian politik apabila ia menguntungkan mereka.

Kalau dahulu Nik Aziz mengkritik hebat presiden partinya sendiri sehingga menyebut idea UG antara Umno dan PAS adalah seperti sampah – tidak berguna dan tidak ada nilai langsung untuk dipertimbangkan.

Sekarang Nik Aziz menyokong pula tetapi meletakkan syarat bahawa Umno perlu menyertai Pakatan Rakyat sebelum muzakarah boleh diadakan.

Niat muzakarah adalah baik untuk umat Melayu di negara ini bagi mengatasi masalah perpaduan semenjak puluhan tahun lamanya, tetapi prasyarat yang diletakkan adalah tidak masuk akal.

Inilah niat di lubuk hati Nik Aziz sebenarnya bahawa beliau tidak mahu melihat muzakarah antara dua parti besar Melayu diadakan, lantas mengenakan syarat yang pasti akan menggagalkannya.

Apabila gagal, pasti Nik Aziz dengan cepat akan menuding jari kepada Umno bahawa parti itulah dalang tidak mahu kepada muzakarah kerana tidak patuh kepada prasyarat yang diletakkan beliau.

Itulah politik licik dan kotor yang dimainkan oleh seorang yang digelar ‘Tok Guru’.

Nik Aziz menyokong usaha mengadakan mebgadakan dialog Umno-PAS kerana ‘survival’ politik partinya.

Untuk mengalih kritikan hebat kerana mengorbankan perjuangan ‘Daulah Islamiyyah’ kepada ‘Negara Berkebajikan’ setelah bersekongkol dengan parti rasis Cina, DAP, Nik Aziz memerlukan satu modal supaya PAS tidak terus dijadikan sasaran serangan politik.

Maka dengan tidak semena-mena idea muzakarah dilontarkan sebagai strategi politiknya.

Sebenarnya PAS telah dikongkong dan dimanipulasi sepenuhnya oleh Nik Aziz.

Setiap cadangan yang beliau terima atau idea yang beliau bangkang, dianggap seolah-olah sebagai fatwa yang wajib dipatuhi oleh semua ahli-ahli PAS termasuk presiden dan timbalan presidennya sendiri.

Kawalan Nik Aziz ke atas aliran pemikiran PAS telah menjadikan sebagai satu organisasi politik yang jumud dan tidak berkembang selari dengan peredaran masa.

Nik Aziz ingin membawa PAS ke satu era di mana hanya seorang individu sahaja yang berkuasa mutlak untuk menentukan hidup mati sesebuah parti itu.

Sebagai Mursyidul Am, Nik Aziz melihat beliau mempunyai kuasa mutlak untuk memutuskan sebarang keputusan bagi pihak PAS, sama seperti konsep diktator yang diamalkan di sesetengah negara Eropah Timur dahulu, hanya bezanya agama Islam dijadikan sandaran untuk memastikan kepatuhan dan kesetiaan anggota parti kepadanya.

Tidak mungkin sebuah parti yang jumud dan berkuku besi seperti PAS akan mampu berdepan dengan perbincangan ilmiah yang diasaskan kepada peradaban dan nilai manusia yang tinggi serta sikap keterbukaan dan progresif seperti mana yang diamalkan oleh Umno.

Berita Berkaitan

Isu peralihan Kerajaan Pusat? Istana Negara akan keluar kenyataan rasmi petang ini

Istana Negara dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi petang ini. Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman...

Komen

..

PRN Sabah & Pencapaian Najib – 17 DUN Dilawati, 12 Menang

Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi statistik “kejayaannya” membantu kempen BN dalam Pilihanraya Negeri Sabah yang baru lepas. Daripada...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan