26.3 C
Kuala Lumpur
Monday, October 26, 2020

P/Raya Kecil DUN Kuala Besut 24 Julai, Penamaan Calon 12 Julai – SPR

ABDUL Aziz Mohd. Yusof menyampaikan watikah pelantikan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut kepada A. Rahim Jusoh (kanan) di Ibu Pejabat SPR, Putrajaya, semalam. Turut serta Wan Ahmad Wan Omar (kiri).
ABDUL Aziz Mohd. Yusof menyampaikan watikah pelantikan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut kepada A. Rahim Jusoh (kanan) di Ibu Pejabat SPR, Putrajaya, semalam. Turut serta Wan Ahmad Wan Omar (kiri).

Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Terengganu ditetapkan pada 24 Julai, pengundian awal 20 Julai manakala tarikh penamaan calon ialah 12 Julai.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof ketika mengumumkan tarikh-tarikh itu, berkata daftar pemilih yang akan digunakan ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) 2011 yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan (DPT) suku pertama, kedua, ketiga dan keempat tahun 2012 dan DPT suku pertama tahun 2013.

“Sembilan pusat mengundi akan dibuka, satu untuk pusat mengundi awal dan lapan bagi pengundian biasa,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat khas mengenai pilihan raya kecil DUN Kuala Besut di sini Jumaat.

Kerusi DUN Kuala Besut kosong apabila penyandangnya Dr A. Rahman Mokhtar, 55, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Terengganu 26 Jun lepas akibat kanser paru-paru.

Pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lepas, A. Rahman mempertahankan kerusi yang disandangnya sejak 2008 apabila mengalahkan calon muslimah PAS Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi. Abdul Aziz berkata daftar pemilih itu mengandungi 17,683 pemilih berdaftar terdiri dari 16,534 pemilih biasa, 1,134 anggota tentera dan pasangan, 14 polis dan seorang pengundi tidak hadir luar negara.

Beliau berkata bagi pengundian biasa lapan sekolah akan digunakan sebagai pusat mengundi yang mengandungi 35 saluran tempat mengundi.

“Bagi pengundian awal, Dewan Serbaguna Tentera Udara Diraja Malaysia Gong Kedak dengan dua saluran akan digunakan sebagai pusat mengundi. Seramai 305 petugas pilihan raya akan dilantik,” katanya.

Beliau berkata anggaran kos perbelanjaan bagi menjalankan pilihan raya kecil itu ialah RM760,000.

Pada pilihan raya umum lepas Barisan Nasional (BN) Terengganu dapat membentuk kerajaan dengan majoriti mudah apabila menguasai 17 daripada 32 kerusi dewan undangan negeri yang dipertandingkan.

Abdul Aziz berkata bagi maksud permohonan undi pos, permohonan boleh dibuat mulai Jumaat.

Tarikh tutup permohonan untuk warganegara Malaysia di luar negara ialah pada hari penamaan calon manakala bagi petugas pilihan raya dan petugas media ialah dua hari selepas penaman calon, katanya.

Beliau berkata pengundi dalam kawasan pilihan raya itu boleh membuat semakan daftar pemilih untuk mengetahui maklumat pusat mengundi dan saluran mengundi di laman web SPR www.spr.gov.my atau menerusi SMS dengan menaip SPR jarak SEMAK jarak nombor kad pengenalan dan hantar ke 15888, mulai 11 Julai.

Abdul Aziz berkata bagi memastikan pilihan raya kecil berjalan lancar, semua pihak diminta mematuhi arahan-arahan pihak polis termasuk semasa berkempen.

Ditanya mengenai sama ada boleh menggunakan masjid untuk berkempen, beliau berkata SPR tidak mempunyai kuasa kerana ia di bawah bidang kuasa negeri.

Satu pasukan penguatkuasa kempen pilihan raya yang diketuai seorang pegawai penguatkuasa akan ditubuhkan bagi memantau semua aktiviti kempen sepanjang tempoh rasmi berkempen, katanya.






Berita Berkaitan

Warisan punca peningkatan Covid-19, bukan GRS atau saya – Musa Aman

Saya berasa terpanggil menulis surat ini bagi menjelaskan punca sebenar peningkatan kes Covid-19 di...

Hajiji positif COVID-19, dirawat di hospital

Datuk Hajiji Noor disahkan positif COVID-19 dan kini dirawat di Hospital Queen Elizabeth, kata...

PRK Batu Sapi: BN tidak letak calon, fokus kesihatan rakyat – Zahid Hamidi

Barisan Nasional (BN) tidak akan meletakkan calon untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK)...

Pilihan raya kecil Batu Sapi akan tetap diadakan ?

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu pilihan raya kecil (PRK) bagi mengisi kekosongan...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,359PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan