Statistik Corona

Malaysia
2,431,716
Confirmed
Updated on October 25, 2021 08:32 8:32 am
Malaysia
2,327,369
Recovered
Updated on October 25, 2021 08:32 8:32 am
Malaysia
75,947
Active
Updated on October 25, 2021 08:32 8:32 am
Malaysia
28,400
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,240,019
Confirmed
Updated on October 25, 2021 08:32 8:32 am
Indonesia
4,082,454
Recovered
Updated on October 25, 2021 08:32 8:32 am
Indonesia
143,205
Deaths
Updated on October 25, 2021 08:32 8:32 am

Thailand

Thailand
1,850,482
Confirmed
Updated on October 25, 2021 08:32 8:32 am
Thailand
1,730,727
Recovered
Updated on October 25, 2021 08:32 8:32 am
Thailand
18,755
Deaths
Updated on October 25, 2021 08:32 8:32 am

Global

All countries
244,408,870
Confirmed
Updated on October 25, 2021 08:32 8:32 am
All countries
219,705,500
Recovered
Updated on October 25, 2021 08:32 8:32 am
All countries
4,963,458
Deaths
Updated on October 25, 2021 08:32 8:32 am

Presiden PAS Mohon Menghadap Sultan Perak, Mohon Pengampunan – Laporan

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan telah menghantar surat mohon menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bagi menerangkan situasi melibatkan parti itu pada awal krisis politik Perak baru-baru ini.

Portal berita TheVibes yang memetik kenyataan sumber PAS melaporkan surat permohonan Abdul Hadi itu dihantar semalam selepas selesai majlis angkat sumpah lima Exco negeri, yang menyaksikan tiada seorang pun wakil PAS dilantik dalam sesi pertama pelantikan itu.

Menurutnya, permohonan menghadap itu bertujuan memberi penjelasan kepada Sultan Perak serta memohon pengampunan berikutan tindakan PAS sebelum ini, dipercayai merujuk kepada tindakan parti itu menangguhkan perjumpaan dengan Sultan Nazrin pada Selasa lalu.

“Tok Guru (Hadi) ingin menjelaskan kepada Sultan Nazrin apa yang telah terjadi sebelumnya. Beliau juga dinasihatkan untuk memohon pengampunan Sultan atas sebarang keraguan yang mungkin ada,” katanya.

Selasa lalu, Adun PAS Perak menangguhkan sesi menghadap Sultan Nazrin di Istana Kinta, Ipoh, yang dijadualkan pada jam 3 petang hari berkenaan, selepas mereka menerima arahan kepimpinan parti di peringkat pusat supaya membatalkan pertemuan itu.

“PAS (Perak) batal menghadap Sultan Nazrin di Istana Kinta, Ipoh jam 3 petang ini, atas arahan pucuk pimpinan,” kata Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria, pada Selasa lalu.

Menurut pemimpin PAS yang juga Adun Gunung Semanggol itu lagi, PAS tidak dapat menghadap Sultan Nazrin pada hari itu kerana mereka belum ada sebarang keputusan muktamad untuk dipersembahkan.

“Nanti macam kita jumpa tuanku main-main pula (kalau tidak ada keputusan). Secepat mungkin jugalah kalau ada keputusan. Itu pun bergantung kepada pusat punya keputusan,” katanya, dipetik dari laporan Malaysiakini.

Dalam perkembangan berkaitan Menteri Besar Perak yang baru dilantik, Datuk Saarani Mohamad mengesahkan beliau akan mencadangkan beberapa nama lagi termasuk wakil PAS dalam barisan Exco bagi sesi kedua majlis angkat sumpah jawatan berkenaan, namun ia bergantung kepada perkenan Sultan Perak.

“Kita akan penuhkan ia (lima lagi Exco) seperti mana sebelum ini (10 Exco), akan tiba masanya pelantikan itu akan dibuat.

“Sebagai Menteri Besar saya hanya boleh mencadangkan nama Exco, hak mutlak untuk memperkenankan cadangan dan pelantikan Exco adalah Sultan Perak dan selepas diperkenan kepada nama berkenaan barulah pelantikan akan dibuat,” katanya.

Berkaitan

Melaka memilih

spot_img

PENAMAAN CALON: 8 NOV 2021
PENGUNDIAN AWAL: 18 NOV 2021
PENGUNDIAN: 20 NOV 2021