30.8 C
Kuala Lumpur
Monday, January 18, 2021

Presiden Perancis disahkan positif COVID-19

Presiden Perancis Emmanuel Macron disahkan positif COVID-19, kata pejabatnya pada Khamis.

Menurut Agensi Berita Anadolu, Istana Elysee dalam satu kenyataan menyatakan presiden menjalani ujian pantas PCR dan didapati positif. Beliau mengambil ujian itu setelah mengalami gejala ringan.

“Seperti semua orang yang mematuhi arahan pihak berkuasa kesihatan, Presiden Macron akan menjalani kuarantin kendiri selama tujuh hari. Beliau akan terus menjalankan tugasnya dari rumah,” tambah kenyataan itu.

Pada pertengahan Oktober, isteri beliau Brigitte Macron juga disahkan positif COVID-19 dan kemudian menjalani kuarantin kendiri selama dua minggu.

Macron menjadi pemimpin utama dunia terkini dijangkiti virus itu, termasuk Presiden Donald Trump dan Perdana Menteri Britain Boris Johnson, kedua-duanya telahpun sembuh.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.