Presiden SAPP Sedia Tanding Guna Tiket PKR Dengan Syarat Anwar Berjanji Beri Kuasa Autonomi Kepada Sabah Sekiranya Pembangkang Memerintah - pakdin.my

Yong_Teck_Lee+3KOTA KINABALU: Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee berkata beliau bersedia bertanding atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya umum akan datang sekiranya ketua umum PKR dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji akan memberi kuasa autonomi kepada Sabah sekiranya pembangkang menjadi parti pemerintah.

Bekas Ketua Menteri Sabah itu berkata kuasa autonomi untuk Sabah merupakan perkara utama yang diperjuangkan parti itu dan ia sesuatu yang tidak boleh ditukar ganti dan kerajaan negeri Sabah perlu ditentukan rakyat negeri ini sendiri, bukan oleh Kuala Lumpur.

“Kami boleh berunding tentang pengagihan kerusi, tapi autonomi Sabah tidak boleh dirunding. Malah, saya, Yong Teck Lee, sanggup bertanding atas tiket PKR sekiranya Anwar berjanji akan memberi autonomi kepada Sabah,” katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka parti itu di Dewan SM Kian Kok Hall, dekat sini, Isnin.

Yong berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Anwar yang ingin melihat SAPP bergabung dengan pakatan pembangkang dan kesediaan beliau untuk bertolak ansur tentang pengagihan kerusi bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

UTAMABERITASABAHPresiden SAPP Sedia Tanding Guna Tiket PKR Dengan Syarat Anwar Berjanji Beri...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium