Prestasi ekonomi Malaysia sebelum dan selepas PRU-14

Saya tengok ada beberapa komen dari “penyokong PH” dalam hantaran saya tadi tentang media asing melaporkan kehilangan keyakinan dan kesabaran pelabur asing untuk Malaysia.

“Penyokong PH” ini cuba mempersalahkan saya tentang keadaan ini walaupun sudah 1 tahun PH memerintah.

Baiklah.. saya mengaku.

Oleh itu, saya paparkan perbandingan prestasi pasaran Malaysia dalam tempoh sebelum dan selepas PRU14.

SEBELUM PRU14:
– Unjuran dan penarafan antarabangsa untuk Malaysia dinaikkan beberapa kali.
– Pertumbuhan KDNK negara antara paling tinggi dalam dunia.
– Indeks Bursa naik ke paras paling tinggi dalam sejarah.
– Malaysia digelar sebagai pasaran saham dengan bull-run paling lama dalam dunia.
– nilai Ringgit semakin memulih.

Kenapa begini?

Kerana Najib telah “rasuah” Bloomberg, Nikkei, badan-badan penarafan antarabangsa, Bank Dunia, IMF dan pelabur-pelabur asing dalam keadaan Malaysia semakin muflis.

Ya, BN telah “rasuah” pelabur-pelabur asing untuk melabur dalam Malaysia.

Oleh itu, prestasi pasaran dan ekonomi negara adalah tinggi.

SELEPAS PRU14:
– Unjuran dan penarafan antarabangsa untuk Malaysia diturnkan banyak kali.
– Pertumbuhan KDNK negara jatuh teruk.
– Bursa Malaysia diberi gelaran pasaran saham paling corot dalam dunia dalam keadaan pasaran negara-negara lain naik tapi kita turun.
– Hutang negara naik dengan kadar lebih tinggi berbanding zaman PH.

Kenapa begitu?

Kerana kerajaan PH suci, tak tipu pelabur asing dengan data palsu, tak mengamalkan polisi U-turn untuk dasar-dasar ekonomi, menteri pandai dan ekonomi semakin baik. Rakyat kaya.

Oleh itu, pasaran saham, nilai Ringgit dan ekonomi negara jatuh menjunam.

Saya harap “penyokong-penyokong” PH akan puas hati dengan penjelasan dan pengakuan ini.

Facebook Najib Razak

Loading...