PRIBUMI (Parti Cap Bunga) Batu Gajah Tutup Kedai

Ketua Penaja Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Batu Gajah, Mohd Shirin Adenan, hari ini mengumumkan keluar parti bersama 18 Ahli Jawatankuasa (AJK) bahagian itu, sekali gus membubarkan bahagian berkenaan.

Tindakan beliau yang disertai lebih 1,000 ahli PPBM bahagian terbabit, menyusul selepas tiga lagi ketua penaja bahagian PPBM di Perak, iaitu Gopeng, Parit dan Kuala Kangsar berbuat demikian sebelum ini.

Mohd Shirin berkata, mereka sudah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap arah tuju perjuangan PPBM, khususnya di peringkat negeri yang diterajui Faizal Azumu atau lebih dikenali sebagai Peja sebagai Pengerusi PPBM Perak.

“Dia dilantik hanya kerana dia orang (Datuk Seri) Mukhriz (Mahathir). Ia benar-benar membuka mata kami PPBM sebenarnya tidak seperti kami harapkan. Faizal tiada pengalaman untuk menerajui parti baharu, hubungannya juga sangat terbatas.

“Ia membuatkan PPBM Perak tidak ubah seperti sekumpulan anak ayam kehilangan ibu. Kami tidak yakin Faizal mampu menerajui pakatan pembangkang di Perak dan bingung mengapa pemimpin lebih berpengalaman tidak dipilih,” katanya.

Mohd Shirin berkata, selain soal kepemimpinan negeri, isu terbaru membabitkan status pendaftaran Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) sebagai sayap PPBM juga turut mengecewakan ahli akar umbi.

“Ini membabitkan perlembagaan parti. Isu ini juga tidak dijelaskan dengan baik oleh pimpinan atasan dan ia sedikit sebanyak menimbulkan rasa cemas dalam kalangan ahli.

“Kami berharap dengan keluar parti dan letak jawatan secara beramai-ramai ini, akan memberikan kesedaran dan keinsafan terhadap pemimpin atasan supaya lebih peka terhadap masalah dalaman parti pada masa hadapan,” katanya.

Mohd Shirin yakin akan ada beberapa ketua penaja bahagian lain yang akan mengikut jejak langkah sama dan sudah menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kepemimpinan PPBM negeri.

Katanya, rata-rata ketua penaja bahagian tidak berpuas hati dengan kepemimpinan tertinggi PPBM negeri yang dilihat lemah, tidak pandai menjaga kebajikan ketua penaja bahagian serta orang bawahan.

“Jika PPBM mahu menang pilihan raya dan memberikan impak besar, mereka perlu lipat gandakan usaha, jaga semua jentera, bukan sahaja ARMADA dan Srikandi, tetapi juga semua ketua penaja bahagian,” katanya.

Sebelum Batu Gajah, tiga Ketua Penaja Bahagian PPBM di Perak turut meninggalkan parti termasuk Datuk Hamidah Osman yang pernah menerajui Gopeng serta bahagian lain seperti Parit dan Kuala Kangsar.


Comments (39)

  1. Rosli Hashim Nov 15, 2017 @ 8:04
  2. Sulaiman Bin Sirat Sirat Nov 15, 2017 @ 8:06
  3. Anwar Zakaria Nov 15, 2017 @ 8:08
  4. Subramaniam Namasivayam Nov 15, 2017 @ 8:14
  5. Faiz Ghani Nov 15, 2017 @ 8:18
  6. Manickam Nadeson Nov 15, 2017 @ 8:21
  7. Atam Puchong Atam Puchong Nov 15, 2017 @ 8:48
  8. Yusman Man Nov 15, 2017 @ 9:05
  9. Janariah Jamaludin Nov 15, 2017 @ 9:15
  10. Atam Puchong Atam Puchong Nov 15, 2017 @ 9:18
  11. Mohamed Zuhri Amir Nov 15, 2017 @ 10:10
  12. Mohamed Zuhri Amir Nov 15, 2017 @ 10:16
  13. Mohamed Zuhri Amir Nov 15, 2017 @ 10:16
  14. Mohamed Zuhri Amir Nov 15, 2017 @ 10:18
  15. Mohamed Zuhri Amir Nov 15, 2017 @ 10:23
  16. Zulhissham Yaakob Nov 15, 2017 @ 10:25
  17. Izwan Yusop 'Naka' Nov 15, 2017 @ 10:36
  18. Mohd Taufik Nov 15, 2017 @ 10:37
  19. Ramzy Ramz Nov 15, 2017 @ 10:55
  20. Mohamad Lajis Nov 15, 2017 @ 11:25
  21. Mohamad Lajis Nov 15, 2017 @ 11:27
  22. Benitoz Santoz Nov 15, 2017 @ 11:33
  23. Atam Puchong Atam Puchong Nov 15, 2017 @ 11:36
  24. Atam Puchong Atam Puchong Nov 15, 2017 @ 11:36
  25. Razali Che Mat Nov 15, 2017 @ 12:04
  26. Hamzah Ghauth Nov 15, 2017 @ 12:12
  27. Muhamad Rahim Nov 15, 2017 @ 12:42
  28. Sarjana Marjuni Marjuni Nov 15, 2017 @ 13:39
  29. Izhar Ali Nov 15, 2017 @ 13:45
  30. Sham Sham Nov 15, 2017 @ 14:01
  31. Mohamed Noor Nov 15, 2017 @ 14:56
  32. SY Syedo Nov 15, 2017 @ 15:10
  33. Kamal Mal Nov 15, 2017 @ 16:19
  34. Jasni Hussin Nov 15, 2017 @ 16:45
  35. Faiz Ghani Nov 15, 2017 @ 16:50
  36. Mohd Fadhil Nov 15, 2017 @ 19:24
  37. Farid Hamdan Nov 16, 2017 @ 2:55
  38. Mohamad Noor Ishak Nov 16, 2017 @ 9:52
  39. Saparani Bahari Nov 16, 2017 @ 10:28

Leave a Reply