Private Party: Syed Saddiq gantung pegawai, serah sepenuhnya pada polis

10

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyerahkan sepenuhnya kepada polis selepas dimaklumkan berkenaan penahanan pegawai kementeriannya awal pagi tadi.

Menegaskan semua orang tanpa mengira jawatan dan status tertakluk kepada undang-undang, Syed Saddiq mengumumkan beliau akan menggantung tugas pegawai yang terlibat sementara menanti siasatan dimuktamadkan.

“Saya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk bertindak mengikut prinsip ‘Kedaulatan Undang-undang’,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Media sosial hari ini kecoh tentang dakwaan mengenai penahanan beberapa individu termasuk seorang wakil rakyat dan pegawai-pegawai kementerian.

FMT sedang mendapatkan pengesahan daripada polis.

Wakil rakyat yang dikatakan ditahan itu sudah dihubungi dan namanya tidak didedahkan sementara menunggu pengesahan.