PRK DUN Kajang – AMK Hanya Setuju Anwar Ibrahim Menjadi Calon

0
97
Siapa yang bekuasa di Selangor?
Siapa yang bekuasa di Selangor?

‪Kenyataan Media

Untuk Edaran Segera

Pilihanraya Kecil Kajang:

AMK Hanya Setuju Anwar Ibrahim Menjadi Calon

Angkatan Muda Keadilan menghormati keputusan dan tindakan Bendahari AMK Malaysia, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi kawasan Kajang. Tentunya tindakan ini di ambil setelah mengambil kira beberapa pertimbangan khusus yang membabitkan kepentingan negeri dan rakyat seterusnya mengatasi sebarang pertimbangan peribadi.

Ini membuka ruang untuk Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat menawarkan pemimpin yang lebih berkaliber dan berpengalaman untuk memimpin Negeri Selangor sebagai Menteri Besar.

Berdasarkan pengalaman dan kewibawaan beliau memimpin negara, AMK percaya YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah calon terbaik untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dan seterusnya diangkat sebagai Menteri Besar. AMK percaya dengan kepimpinan beliau akan dapat menggerakkan dengan lebih pantas agenda reformasi di Selangor dan menterjemahkan konsensus nasional.

Oleh yang demikian AMK mengambil pendirian hanya Dato’ Seri Anwar Ibrahim sesuai menjadi calon mewakili Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil DUN Kajang.

Jentera pilihanraya AMK akan digerakkan untuk bersama-sama jentera Pakatan Rakyat bagi memastikan keputusan terbaik dalam pilihanraya kecil ini.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia
Ahli Parlimen Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here