PRK DUN Kajang: BN mesti lawan – Dr Mahathir - pakdin.my

mahathir-kalimah
KAJANG: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan Barisan Nasional (BN) mesti bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Dr Mahathir berkata bukan amalan BN untuk memberikan kemenangan mudah kepada seterunya biarpun banyak pihak menggesa supaya parti itu tidak bertanding.

“Kita telah bertanding dalam semua pilihan raya. Kita tidak akan memberikan kemenangan yang mudah untuk sesiapa sahaja,” katanya ketiak mengulas desakan beberapa pihak yang berpendapat PRK DUN Kajang satu pembaziran wang.

Dr Mahathir berpendapat terpulang kepada pimpinan BN sama ada mahu MCA memberi peluang kepada UMNO untuk bertanding kali ini atau tidak.

Bagaimanapun beliau menegaskan, MCA perlu diberi peluang untuk bertanding di DUN Kajang.

“Parti-parti perlu membuat kemunculan semula. Saya berharap rakyat faham MCA membuat kemunculan semula dan mereka perlu memberi peluang kepada parti itu,” kata bekas Perdana Menteri.

Kerusi DUN Kajang di Selangor kosong berikutan peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Lee Chin Cheh dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum 5 Mei tahun lalu.

PKR mengumumkan bahawa Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi calon dalam PRK DUN Kajang.

UTAMAPOLITIKPRK DUN Kajang: BN mesti lawan - Dr Mahathir

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium