PRK Permatang Pauh: Ahli PAS dibelasah di Kubang Semang - pakdin.my

PRK Permatang Pauh: Pembangkang Bikin Kecoh Saat Akhir Kempen

prk-permatang-pauh-penyokong-pas-bergaduh

BUKIT MERTAJAM: Menjelang hari pengundian pada Khamis, keharmonian kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh akhirnya tercalar apabila dua kumpulan penyokong pembangkang ‘bercakaran’ sesama sendiri.

Bertelagah dalam mempertahankan hudud, kekecohan di hadapan Masjid Kampung Kubang Semang itu membabitkan penyokong dan ahli PAS sendiri.

Ketegangan bermula apabila kumpulan yang menggelar diri mereka ‘pro ulama’ berkumpul bagi menyatakan sokongan terhadap terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohd Yusni Mat Piah.

Kumpulan yang diketuai Ketua Penerangan PAS Bagan, Azmi Jaafar itu bersama 10 yang lain membawa sepanduk bertulis ‘Hudud hukum Allah’, ‘Kami sokong Tok Guru Presiden’ serta ‘Pemuda bersama kepimpinan ulama’, mereka juga melaung-laungkan ‘kami sokong ulama’, ‘pengkhianat’ dan ‘Allahuakbar’ menggunakan pembesar suara.

Drama perbalahan dua penyokong pembangkang itu bermula apabila tindakan kumpulan ‘pro ulama’ tersebut tidak disenangi oleh satu kumpulan lain yang pada mulanya berada di kedai berhampiran.

Pantas meluru ke lokasi kumpulan ‘pro ulama’ itu berkumpul, kumpulan ‘pro pakatan’ itu menggesa supaya kekecohan itu dihentikan kerana menyifatkan imej PAS dan Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun kumpulan ‘pro ulama’ dilihat tidak mengendahkan gesaan supaya beredar.

Berang dengan perlakuan kumpulan berkenaan, seorang daripada kumpulan pro pakatan mula bertindak ganas dengan merampas pembesar suara dan menghempaskannya ke tanah sehingga berkecai dan seorang lagi lelaki lain mengeluarkan cota mahu memukul salah seorang daripada kumpulan tersebut.

Selepas bergelut dengan aksi tolak-menolak selama hampir 10 minit, kumpulan tersebut akhirnya beredar.

Bekas Setiausaha PAS Kawasan Permatang Pauh, Abdul Razak Abdullah yang turut berada di situ berkata kumpulan pro ulama tersebut bukan ahli PAS kawasan sebaliknya PAS Kawasan Bagan.
“Mereka sengaja datang nak timbulkan kekeceohan, sengaja nak cetuskan provokasi,” katanya.


prk-permatang-pauh-pengikut-pas-dipukul-kubang-semang

Suasana berkempen di Permatang Pauh kecoh seketika selepas berlaku pergaduhan antara sekumpulan ahli PAS dan penduduk setempat.

Perhimpunan aman yang dilakukan sekumpulan ahli PAS di Kuang Semang bagaimanapun bertukar kecoh selepas

kehadiran mereka tidak disenangi penduduk setempat.

Segelintir penduduk pada mulanya bertindak mengambil dan mematahkan sepanduk yang dibawa kumpulan terbabit disusuli tindakan lebih kasar apabila mereka turut merosakkan alat pembesar suara yang dibawa.

Keadaan kecoh bertukar buruk apabila beberapa individu tidak dikenali bertindak lebih keras dengan membelasah beberapa ahi kumpulan PAS terbabit.

Perhimpunan yang disertai kira-kira 20 ahli PAS itu diadakan sebagai tanda protes terhadap tindakan kepimpinan PKR dan DAP yang menolak pelaksanaan hudud.

UTAMAPILIHAN RAYAPRK Permatang Pauh: Ahli PAS dibelasah di Kubang Semang

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium