25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, January 21, 2021

#PRKDUNSlim: Mengundi dalam suasana norma baharu

SLIM RIVER: Suasana tempat pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, di Dewan di Sekolah Kebangsaan (SK) Slim River, hari ini berjalan lancar dengan suasana norma baharu ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) masih dikuatkuasa di seluruh negara.

Walaupun dalam perjalanan ke tempat pengundian agak kecoh sedikit kerana masing-masing penyokong cuba meraih undi di sepanjang dengan pengundi, namun masih suasana masih terkawal.

Turut kelihatan, Presiden Parti Makkal Sakti, Datuk Seri RS Thanenthiran bersama penyokong Barisan Nasional (BN) hadir memberi sokongan kepada pengundi yang hadir di pusat mengundi terbabit.

Thanenthiran berkata, suasana pengundian dalam norma baharu dan kelihatan berjalan dengan lancar kerana mendapati pengundi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan memakai pelitup muka dan mematuhi masa dicadangkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Katanya, walaupun terdapat dua kumpulan penyokong yang bertanding cuba meraih undi pada saat akhir ketika pengundi menuju ke pusat mengundi tetapi suasana masih harmoni.

“Saya bersemangat pagi ini apabila melihat jentera BN begitu berusaha dalam usaha untuk memastikan calon BN menang dalam PRK ini.

“Kemenangan calon BN dalam PRK ini sudah tentu dapat memberi suntikan semangat kepada parti BN dan parti komponen BN serta rakan BN untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU Ke-14) yang dijangka tidak lama lagi,” katanya ditemui ketika bersama kumpulan penyokong BN dekat Kampung Kurnia, Slim River, di sini hari ini.

Sepanjang perjalanan ke pusat mengundi kedengaran jeritan penyokong yang menyebut nombor calon yang bertanding.

Kegigihan anggota polis mengawal sepanjang jalan menuju ke tempat mengundi menjadikan suasana terutama di jalan utama ke pusat mengundi terkawal.

Katanya, jika PRU Ke-14 ketika dalam tempoh PKPP, beliau berharap pengundi terus mematuhi SOP dalam usaha mencegah penularan wabak COVID-19.

“Berdasarkan pemerhatian sepanjang kempen, saya yakin calon BN yang diwakili Mohd Zaidi Aziz mampu menang dengan majoriti yang besar.

“Calon BN bukan sahaja mendapat sokongan daripada orang Melayu tetapi juga masyarakat India, Cina penduduk Orang Asli,” katanya.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.