Home / :: BLOG :: / PRK Sungai Kandis : UMNO Selangor Letak Calon, Guna Logo Parti – Nadzari

PRK Sungai Kandis : UMNO Selangor Letak Calon, Guna Logo Parti – Nadzari

#PRKSungaiKandis

UMNO Selangor bersetuju untuk meletakkan calon bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis dan buat pertama kali akan menggunakan lambang parti itu sendiri dan bukan lambang Barisan Nasional (BN).

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat malam tadi yang dipengerusikan oleh Tan Sri Noh Omar.

“Kita dah bermesyuarat malam tadi dan secara konsensusnya kita bersetuju untuk meletakkan calon kita di PRK Sungai Kandis. Pada masa sama UMNO Selangor turut mengesyorkan supaya kita bertanding pakai lambang UMNO sendiri,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Semalam, Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan dilapor mencadangkan supaya UMNO bertanding pada PRK DUN Sungai Kandis atas nama parti itu sendiri bagi melihat sejauh mana penerimaan rakyat terhadap UMNO dalam senario politik semasa.

Kerusi DUN Sungai Kandis kosong susulan penyandang kerusi berkenaan Mat Shuhaimi Shafiei daripada PKR meninggal dunia akibat kanser limfoma pada 2 Julai lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 4 Ogos sebagai hari pengundian manakala hari penamaan calon pada 21 Julai ini.

Berhubung siapa calon yang akan bertanding, Mat Nadzari berkata UMNO Selangor menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk memutuskan perkara itu.

“Siapa calon tidak dibincangkan langsung malam tadi, terpulang kepada pucuk pimpinan pusat untuk memutuskannya. Kita cuma ambil ketetapan untuk bertanding pada PRK itu,” katanya.

Selain itu, beliau berkata mesyuarat itu turut membincangkan tentang kesediaan PAS untuk  memberi laluan kepada UMNO sekiranya parti itu (UMNO) memutuskan untuk meletakkan calon pada PRK berkenaan.

“Kalau PAS betul-betul ikhlas beri laluan, tunjukkanlah keikhlasan mereka… bekerjasama dengan UMNO atau bantu UMNO… jangan ada pertandingan tiga penjuru yang boleh merugikan pihak kita,” katanya.

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan sebelum ini dilaporkan berkata PAS hanya akan meletakkan calon sekiranya berlaku pertandingan satu lawan satu pada PRK itu.

Menurut Takiyuddin, ia adalah bagi mengelakkan berlaku perpecahan undi dan akan mengulangi semula keputusan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lepas.

Pada PRU14, Mat Shuhaimi memperoleh 23,998 undi menewaskan calon BN daripada UMNO, Datuk Kamaruzzaman Johari (11,518); calon PAS, Mohd Yusof Abdullah (7,573) dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM) Hanafiah Husin (76).

Mengulas persiapan UMNO bagi PRK itu, Mat Nadzari berkata parti itu akan menukar sedikit pendekatan bagi memenangi hati pengundi dengan menumpukan pada usaha penerangan kepada pengundi tentang prestasi kerajaan Pakatan Harapan (PH) terutama berkenaan kegagalan menunaikan janji yang dibuat sebelum PRU14.

“Isu-isu Melayu, agama contohnya terlalu banyak, 75 peratus pengundi di kawasan berkenaan adalah orang Melayu jadi untuk jaga kepentingan mereka, mereka perlu mempunyai pembangkang yang berwibawa, yang betul-betul boleh wakili mereka, bukan sekadar cakap sahaja. Mereka kena beri kita peluang untuk wujudkan sekatan dan imbangan dalam kerajaan hari ini,” katanya.

(Visited 3 times, 1 visits today)

Artikel berkaitan

Check Also

Harga Gula Dunia Merudum, rejim PH Senyap-Senyap Tax rakyat

Siapa yang untung? Kerajaan kenakan cukai kepada rakyat dalam senyap? Saudagar gula? …………. Harga gula …

51 comments

  1. Darah Malaya Felda

    Hoi celaka setakat guna fake akaun nk buat hape.org pkr penakut….

  2. Harry Anuwar

    Terbaikkkk World. Inilah impian kita dan Parti UMNO

  3. Joe Harry

    Sokong..!
    Nak harapkan MCA, MIC, GERAKAN semua mantol…!

    Ada baik martabatkan UMNO sbgi logo…!
    Patut d cuba kaedah ini…
    Kalah pun tak pe… Tak rugi apa2pun…
    Kalau mng pun sekadar jd wakil rakyat je pun…bknnya parlimen..

  4. Mohd Hazuwan

    Itulah yg terbaik…kita berdiri atas kaki sendiri…

  5. Rosma Rosma

    ??lg pun nmpk sgt pru14 lain pd melayu sokong parti lawan,

  6. Kru Ajhaa

    Umno ni kalau dalam gusti ibarat sudah kalah..pecah muka..tangan patah kaki patah..gigi bserabai..bjalan kena papah tapi x sedar2 lgi.
    Sama lah dlm politik..slagi umno dan pas tak bgabung..msh lg ada ego dan tk.nk bsatu..slagi tu lah umno dan pas x akn dpt kuasa utk perintah malaysia semula.
    Yg untung ph..selagi pas dan umno tak bsatu ats pakatan islam

  7. Fana Azhar Aimanadamlovers

    Trik sgt bunyi nye…jgn dongak tinggi sgt,takut longkang kat depan x nmpk…

  8. Muhdfauwaz Panzer

    disarankan UMNO tidak join PRK ini, elok berehat dahulu. Beri shj PKR menang mudah. Terpulang.

  9. Dhom Nanda Ilaj

    Ramai pemimpin umno xsedar diri lg ni masalahnya.

  10. Marissa Rissa

    Should use bn instead of umno

  11. Slinkes Rao

    Bagus. Semangat BN. Ingat kalau kalah lagi parah imej lambang. Mengapa mesyuarat BN masih tidak berjalan?.

  12. Joe Harry

    MAsih tak berjalan..??
    Ko dari parti mana ni rao..?

    UMNO dah siap buat pemilihan ketua bahagian, cawangan dan nation…!

    Celah mana lak mensyuarat tak jln weiii…??

  13. Slinkes Rao

    Umno dah. Mic sedang berjalan. MCA tiada cerita. So BN sudah sediakah.?

  14. Joe Harry

    Kalau MIC masih crawling, MCA masih membatu, cam ne BN nak bersedia..?

    So, tunggu la the others complete dorang punya dulu…!

    Appaaa daaa…?

  15. Selvakumar Krishnasamy

    Apakah ini akan mengaibkan pengundi bukan melayu?

  16. Zila Rafiq

    Kepada penyokong kerajaan hari ini, saya seru anda semua, janganlah gunakan hujah “lebih baik bukan Islam yang jujur daripada pilih orang Islam yang tidak jujur”.

    Bukan apa…

    Bila anda kata begitu, ini bermaksud dalam ramai-ramai orang Islam yang berpihak pada Pakatan Harapan tak ada seorang pun jujur yang boleh anda pilih.

    Kat luar ni ramai saja yang jujur dan berupaya.

    Korang ni dah kenapa suka tembak kaki sendiri.. Sadis sungguh..

    #cnpmohdjamalee

  17. Slinkes Rao

    Joe Harry ..ini kita setuju. Kita harap Ada push dari rakan rakan umno supaya bangkit bersama. Apa pun election ni kita harap Ada come back supaya PH tak terus jahanamkan negara

  18. Joe Harry

    Absolutely bro…!
    We stand together united…

    Biarkan Gerakan dng haluan mereka…

  19. Nur Kasih Abadi

    Pas yg ego tak nak bergabung umno smpai bila pun cita2 nk jadikan malaysia negara Islam tak kan berjaya…tu susah org melayu ni..ego kuat

  20. Nur Kasih Abadi

    Pas gabung dgn umno baru boleh jadikan malaysia negara Islam…jgn ego wahai pas

  21. Joe Harry

    Absolutely bro…!
    We stand together united…

    Biarkan Gerakan dng haluan mereka…
    BN klh bkn bermakna kita tiada undi atau pengaruh…
    Kita klh sbb fitnah yg d tabur nationwide…
    Kita klh bermaruah… Kita tak menabur menabur fitnah…kita tak menabur janji yg tak mampu d tunai…

  22. Faizal Tapoo

    rakyat dh serik kene KENCING…..umno bole menang

  23. Mohd Rafly Saai

    Ramai2 pkul sorg2 mmg la boleh menang..tgok kerusi parlimen dgn dun mn yg lg bnyak..tgok kerusi umno,pan,bunge..hahaha..

  24. Rahman Rahman Rambo

    Tolong la sedar melayu.plisssss

  25. Rahman Rahman Rambo

    Kat mana sg kandis ni… Walaupun tak minat politik tetiba lepas pru ni teringin sgt nak bantu umno.. Seriiess

  26. Tg Addee Tg Ahmad

    Nk bagi hak melayu dn agaman islam tergadai

  27. Lai Ayong

    It’s not about how hard you hit, it’s about how hard you get hit and keep moving forward. Selagi tak mati, selagi tu kau terus berjuang.

  28. Zaifuzzaman Zzr

    Jgn mengharap Mca. Gerakan.mic utk membantu…kita org melayu mesti bersatu…tunjukkn kekuatan melayu pd DAP

  29. Mohd Dani

    Pakatan dah semakin hancuq…umno bleh menang…

  30. Rockers Jiwang

    pas boleh letak calon tapi tarik diri selepas pencalunan.bkn apa takut nanti umno dibatalkan pencalonan.mainan madey siapa boleh tahu.

  31. Shadi Dino

    Hahaha…..aku nak gelak ke nangis ni….madey lagi xboleh halang….apa title ko nak saran umno x join..lawak betol lah

  32. Muhdfauwaz Panzer

    dah terlambat dah semua tuh, patut masa PRU 14 pastikan DS Najib menang….musim sekarang elok sangat UMNO rehat cukup2 dan dalam masa sama, reformasi struktur dalaman dan luar jugak

  33. Muhdfauwaz Panzer

    terpulang jerlah. Bukankah ini majoriti rakyat malaysia yg nak sangat zaman Tun Mahathir kan? Dan Majoriti yg beri undi sudah pun dapat.

    Dalam UMNO masih ramai lagi yg dahagakan kuasa dan kedudukan, itu sbb saya sarankan rehat dan reformasi sepenuh, bersihkan parasit dalam UMNO..

  34. Muhdfauwaz Panzer

    buang mana2 ahli yg mindset, bila dah ada darjat, mula fikirkan wang dan kuasa dan kedudukan. Biarlah depa nak berambus dari UMNO, ada ku kisah? Aku cuma kisah, UMNO kembali seperti dulu.

  35. Muhdfauwaz Panzer

    meh komen sikit jika benar sayang pada darjat bangsa melayu.

  36. Muhdfauwaz Panzer

    sayang, sebilangan besar ahli PAS masih ego lagi.

  37. Rais Hamid

    Bagus….insyaallah menang

  38. Halim Amiruddin

    Elok tak payah ada pertandingan.jimat sikit..UMNO jangan mimpi buat masa ni

  39. Putera Arjuna

    Pas dn umno harus brsatu bru boleh ajar cikit mlayu2 ph tuu..

  40. Helen Ang

    kita sokong apa apa parti, ABU!!

  41. Fmfaazil Mustafar

    Tkkn mngaibkn saudara…cuma dlm PRU14 lbih dr separuh dn hmpir sepenuhnya org bkn Melayu sprti saudara tunjukkn tsunami kpd PH…
    Mana pnyokong parti dlm gabungan BN yg prjuangkn bngsa saudara sprti MIC? Krn pcy dgn MIC brp kwsn yg diberi? Tp brp yg MIC menang? Jd biarlah guna sndri pny dahulu…PAS bersendirian tp kepentingan bkn Melayu sprti saudara ttp dijaga…Malah PAS beri bangsa saudara bbrpa kerusi utk brtanding guna logo PAS…

  42. Arrahaq Salihin

    ..dan Zahid Hamid dengan muka xmalu terus mengendeng PAS..dulu tekan dan hina sangat PAS..dasar xdak maruah dan harga diri!

  43. Buhizam Abu Hashim

    KITA HARAP AGAR.MCA,MIC DAN GERAKAN JUGA BERTANDING D SG KANDIS. BIAR MEREKA PULAK YG PECAHKAN UNDI CINA DAN INDIA.

  44. Raffah G Abbe

    Itulah tanda ada semangat juang walaupun pernah kecundang tetap bangkit utk meneruskan perjuangan.. Dirgahayu UMNO.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: