PRK Sungai Limau – Hari Mengundi 4 November, Penamaan Calon 23 Oktober

pengerusi-spr-prk-sg-limau

Suruhanjaya Pilihan Raya, SPR, menetapkan 4 November depan, sebagai tarikh Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kedah bagi kerusi N20, Sungai Limau.

Manakala hari penamaan calon pula ditetapkan pada 23 Oktober ini.

TAN SRI ABDUL AZIZ YUSOF / PENGERUSI SURUHANJAYA PILIHAN RAYA

“SPR menetapkan tarikh seperti berikut tarikh keluar writ 3 Oktober, tarikh notis pilihan raya 4 Oktober, tarikh penamaan calon 23 Oktober dan tarikh pengundian biasa 4 November bagi memastikan pilihan raya berjalan lancar semua pihak perlu mengikut peraturan yang ditetapkan”.

Tan Sri Abdul Aziz sebelum itu mempengerusikan mesyuarat khas SPR bagi menetapkan tarikh berkenaan.

Kerusi DUN Sungai Limau kosong berikutan kematian penyandangnya yang juga bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak, akibat komplikasi jantung dan kencing manis, 26 September lalu.

SPR akan menyediakan 17 pusat mengundi dengan 58 saluran bagi PRK berkenaan.

www.spr.gov.com.my

Orang ramai boleh membuat semakan mengenai pilihan raya kecil itu di laman web tertera.

 

 

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here