PRK Sungai Limau – Lebih 27 Ribu Pemilih Tanpa Pengundi Awal - pakdin.my

pengerusi-spr-prk-sg-limau

PRK Sungai Limau – Lebih 27 Ribu Pemilih Tanpa Pengundi Awal

Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri, DUN Sungai Limau akan diadakan pada 4 November manakala hari penamaan calon ditetapkan 23 Oktober.

Pengumuman dibuat oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof dalam sidang media khas di Ibu Pejabat SPR di Putrajaya.

Pilihan raya kecil itu akan membabitkan lebih 27 ribu pemilih tanpa pengundi awal kerana tiada anggota polis atau tentera yang mendaftarkan diri sebagai pengundi awal.

Kerusi DUN Sungai Limau yang terletak di bawah Parlimen Jerai diisytihar kosong susulan kematian Tan Sri Azizan Abdul Razak yang juga bekas Menteri Besar Kedah akibat komplikasi jantung serta jangkitan kencing manis.

 

 

UTAMAPRK Sungai Limau - Lebih 27 Ribu Pemilih Tanpa Pengundi Awal

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium