PRK Teluk Intan: DYANA MENIPU KERANA IKUT JEJAK DAP - pakdin.my

teluk-intan-calon-dap-layak-jadi-pelakon

Calon DAP PRK Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud dilihat sudah megikut jejak parti yang disertai beliau apabila memutar belit fakta dan menipu rakyat berhubung kelayakan akademiknya.

Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, calon wanita DAP itu telah menunjukkan sisi negatif kepada rakyat sekiranya beliau tidak bercakap benar mengenai status peguamnya itu.

Menurut beliau, ini menjadikan Dyana sebagai calon yang tidak layak untuk menjadi wakil kepada rakyat dan akan memberi kesan yang besar kepada rakyat Teluk Intan sekiranya beliau dipilih untuk menjadi Ahli Parlimen kawasan tersebut.

“Baru bertanding dan belum menjadi wakil rakyat dah menipu. Dan kalau ini caranya, saya rasa rakyat di Teluk Intan akan menerima wakil rakyat yang tidak jujur jika beliau menang,” katanya.

Shamsul Anuar berkata, selain tidak jujur kepada pengundi, Dyana sebenarnya mungkin sudah terikut-ikut DAP yang disertainya.

“Umum tahu DAP parti yang bukan sahaja suka memutar belitkan fakta dan isu malah menipu rakyat. Justeru itu saya tidak hairan kalau Dyana menipu, ia berlaku kerana dia bertanding mewakili parti yang suka menipu,” katanya ketika dihubungi, Isnin.

Dalam pada itu, beliau menggesa rakyat dan pengundi Teluk Intan untuk lebih peka dan sensitif agar tidak mudah tertipu dengan permainan DAP dalam cubaan meraih undi bagi menghadapi PRK Teluk Intan pada 31 Mei nanti.

“Saya fikir cukuplah beberapa kali DAP diberikan peluang mewakli rakyat kawasan ini, kerana ternyata tidak ada perkara yang boleh dilakukan terutama yang melibatkan soal pembangunan rakyat.

“Kali ini parti itu cuba menipu pemilih Teluk Intan dengan poster gambar Dyana diberikan imej kononnya menutup aurat dan sebagainya tetapi di kawasan bukan Melayu sebaliknya,” ujarnya.

Dyana yang sebelum ini mengaku sebagai peguam seperti dilaporkan di media dikatakan menipu mengenai kelayakan beliau itu.

Ahli Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam, Haezreena Begum Abdul Hamid tampil membuat kenyataan mengecam pembohongan Dyana itu.

“Dia tidak harus mempromosikan dirinya sebagai seorang peguam, (tambahan pula) dia tidak mempunyai Sijil Annual dan Sijil Amalam Peguam” kata Haesreena seperti dilaporkan sebuah portal televisyen web (web tv).

Haezreena menjelaskan, seseorang yang hanya memperolehi ijazah sarjana muda undang-undang tetapi tidak melaksanakan tugas harian sebagai peguam, atau dalam bahasa mudah tidak berdaftar dengan Majlis Peguam bukanlah peguam, malah tidak boleh dikategorikan sebagai peguam.

UTAMAPILIHAN RAYAPRK Teluk Intan: DYANA MENIPU KERANA IKUT JEJAK DAP

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium