28.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, December 2, 2020

PRK Teluk Intan: Sikap membisu Majlis Peguam status Dyana dipersoal

bar-councilPenasihat Undang-undang UMNO, Datuk Hafarizam Harun menggesa Majlis Peguam mengambil tindakan tegas berhubung dakwaan calon DAP PRK Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud yang dikatakan menipu statusnya sebagai seorang peguam.

Katanya, sikap berdiam diri badan berkenaan atau menunggu sehingga ada laporan mengenainya sebelum bertindak hanya menimbulkan tanda tanya.

Beliau berkata, Majlis Peguam seharusnya bertindak setelah mengetahui berkenaan dakwaan tersebut bagi mengelakkan berlakunya penipuan di kalangan mereka yang tidak bertanggungjawab ini.

Tambah beliau lagi, apa yang dilakukan Dyana itu adalah salah kerana jelas beliau telah melanggar etika moral apatah beliau adalah seorang graduan undang-undang lulusan Universiti Teknologi MARA (UiTM).

“Sekiranya apa yang dilaporkan di media bahawa Dyana Sofya bukanlah merupakan seorang peguam bela dan peguam cara yang ada Sijil Amalan Guaman sah bagi tahun 2014-2015, maka beliau telah membuat satu salah representasi berkenaan profesion jawatan beliau yang hakiki,” katanya kepada bnbbc.my.


Hafarizam berkata, mengikut Akta Profesion Undang-undang 1976, Majlis Peguam selaku badan kawal selia peguam bela dan peguam cara patut mengambil langkah segera berhubung status Dyana adakah beliau masih lagi seorang peguambela atau peguamcara yang mempunyai Sijil Amalam Guaman yang sah.

“Majlis Peguam di bahawa Akta berkenaan mempunyai kuasa mengambil langkah perlu termasuk membuat laporan polis sekiranya ada salah representasi oleh mana-mana individu yang tidak ada kelayakan atau Sijil Amalan Guaman yang sah,” ujar beliau.

Menurut beliau jika perkara sebegini tidak dibendung tidak mustahil ada lagi orang mengaku mereka adalah peguam atau pengamal undang-undang yang sah dan tidak ada sijil yang boleh mengakibatkan rakyat boleh ditipu.

Hafarizam menjelaskan, seorang yang tidak mempunyai Sijil Amalan Guaman yang sah hanya boleh dikenali sebagai graduan Ijazah Sarjana Undang-undang tetapi bukan sebagai peguam seperti yang dikatakan Dyana dalam sidang medianya sebelum ini.

Dyana sebelum ini menyatakan bahawa beliau merupakan seorang peguam walaupun tidak mempunyai Sijil Amalan Guaman kerana didakwa sudah tamat tempoh.

Namun, ekoran kenyataan itu beberapa pihak telah tampil mendedahkan bahawa kenyataan itu adalah satu penipuan ekoran Dyana tidak memegang sijil tersebut yang membolehkan beliau diiktiraf sebagai seorang peguam.


Menurut Hafizam, Akta Profesion Undang-undang 1976 hanya mengiktiraf mereka yang mempunyai Sijil Amalan Guaman yang sah sebagai peguamcara mahupun peguambela dan tidak akan mengiktiraf bagi mereka yang tidak menerima sijil tersebut.

Menjelaskan berkenaan terma yang digunakan Dyana iaitu ‘non practicing lawyer’, Hafizam menjelaskan bahawa perkataan tersebut direka namun tidak ada di dalam Akta Profesion Undang-undang 1976.

Oeh yang demikian, perkara itu tidak menjadikan Dyana boleh menjadi peguam dalam apa juga keadaan sekali pun memandangkan beliau masih belum menerima Sijil Amalan Guaman yang sah.

Perkataan ‘no practicing lawyer’ adalah satu perkataan yang direka tetapi tidak ada di dalam Akta Profesion Undang-undang 1976, akta tersebut hanya megiktiraf peguambela dan peguamcara.

“Dalam akta tersebut, seseorang itu layak menjadi peguambela dan peguamcara dengan syarat ada Sijil Amalan Guaman yang sah, jadi untuk Dyana menyatakan dia adalah ‘non praticing lawyer’ itu adalah salah deskripsi kerana perkataan tersebut tidak ada dalam akta tersebut,” jelasnya.


Sehubungan dengan itu, beliau menggesa Majli Peguam untuk megambil tindakan segera tanpa perlu menunggu laporan mahupun aduan daripada orang awam.

Ini menurut beliau bagi mengelakkan rakyat terus ditipu dan tertipu dengan permainan politik DAP yang jelas mahu mengambil kelebihan politik daripada penipuan yang dilakukan oleh calon mereka.

“Mengikut pengalaman saya pada tahun 2009 semasa mengendalikan kes di Perak, Majls Peguam tanpa aduan daripada orang awam ataupun mana-mana peguam yang sah, telah membuat kenyataan dari aspek peralihan kuasa daripada kerajaan PR kepada BN.

“Kenapa pada tahun 2009 mereka boleh pantas memberi komen dan mengeluarkan kenyataan rasmi, kenapa tidak di dalam kes begini penting yang ada PRK?. Kenapa tidak dikeluarkan kenyataan rasmi, kenapa perlu diam dan tunggu sehingga ada laporan,” katanya.

Berita Berkaitan

Agong isytihar Batu Sapi darurat, PRK batal

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini mengisytiharkan Proklamasi Darurat...

Warisan punca peningkatan Covid-19, bukan GRS atau saya – Musa Aman

Saya berasa terpanggil menulis surat ini bagi menjelaskan punca sebenar peningkatan kes Covid-19 di...

Hajiji positif COVID-19, dirawat di hospital

Datuk Hajiji Noor disahkan positif COVID-19 dan kini dirawat di Hospital Queen Elizabeth, kata...

PRK Batu Sapi: BN tidak letak calon, fokus kesihatan rakyat – Zahid Hamidi

Barisan Nasional (BN) tidak akan meletakkan calon untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK)...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...