#PRKCameron Highlands: Ucapan Terima Kasih dari YB Ramli Mohd Nor

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan syukur ke-hadrat ilahi atas kemenenangan saya di Pilihanraya Kecil P078 Cameron Highlands.

Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada rakyat Cameron Highlands yang telah menyokong dan mengundi saya.

InsyaAllah, saya akan memikul tugas dan tanggungjawab yang telah anda amanahkan sebaiknya.

Tidak lupa juga, ucapan terima kasih saya kepada semua Jentera BN dan parti komponennya, Parti PAS, badan-badan NGO, pasukan keselamatan, pihak SPR, dan semua rakyat Malaysia yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Semoga kerjasama ini dapat kita teruskan untuk membela rakyat dan saya doakan anda semua sentiasa dicucuri rahmat.

Teruskan perjuangan, kita bangkit bersama!

YB Ramli Mohd Nor
Ahli Parlimen Cameron Highlands

Sejarah.. orang asli pertama menjadi Ahli Parlimen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini