25.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 31, 2020

#PRKCameronHighlands: Apa Maksud Duit Minyak… Minyak Sawit Atau Minyak Wangi? – Wee Ka Siong [Video]

“Apa yang dimaksudkan dengan bagi duit minyak… minyak sawit… minyak wangi atau minyak apa? Sebab semasa hari penamaan saya difahamkan Orang Asli ini datang naik bas, ramai yang nampak. Apakah yang berjalan kaki untuk naik bas itu perlu isi minyak dalam badan mereka?” soal Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Pakatan Harapan (PH) berkaitan tersebarnya gambar jentera parti itu sedang memberikan wang kepada Orang Asli. PH memberi alasan itu adalah pemberian duit petrol kepada sukarelawan yang datang pada hari penamaan calon.

Tambah Wee, berdasarkan alasan yang diberi oleh PH itu maka beliau menyarankan agar definasi sukarelawan di dalam Kamus Dewan juga harus ditukar.

“Alasan bagi duit pada sukarelawan… maka definasi sukarelawan itu harus ditukar sebab mana ada definasi beri duit pada sukarelawan.

“Saya kesian kepada calon Barisan Nasional (BN) pada PRU-14 yang lalu. Kemenangannya dibatalkan tanpa alasan yang kukuh, hanya kerana buat jamuan kepada Orang Asli. Kini ada bukti kukuh tapi dihalalkan oleh kerajaan baru.

“Apakah ini acuan Malaysia Baru yang kita mahukan? Sudahlah tidak konsisten… banyak ‘u-turn’ lagi,” ujarnya lagi. – UTUSAN ONLINE

LIHAT video:
https://youtu.be/QBaheUv7j-4

Berita Berkaitan

Tun Mahathir kempen Kerajaan Perpaduan lagi

Ketika krisis politik melanda negara, nampaknya bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir...

Agong guna ‘soft power’ selamatkan negara dari ahli politik kata peguam

Kejayaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengemudi negara ketika kerajaan...

UMNO kekal fokus pentingnya Gencatan Politik – Keputusan mesyuarat MKT UMNO

KENYATAAN MEDIA Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah mengambil keputusan: 1. UMNO terus kekal fokus...

Gila rebut jawatan, populariti Bersatu, UMNO semakin merudum

Populariti Bersatu dan UMNO dilihat semakin merudum kerana di dakwa terlalu sibuk mengejar jawatan...

Komen

..