25.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 31, 2020

#PRKCameronHighlands: Dakwaan Kit Siang tidak berasas banyak pembangunan telah dilakukan oleh BN

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah kecam kenyataan yang dibuat oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang kononnya Kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini langsung tidak membangunkan masyarakat Orang Asli.

Jelas beliau apa jua kecaman yang dilakukan perlulah merujuk kepada fakta dan bukannya auta semata-mata.

“Saya nak nafikan semua ini. Kita dah lama perintah negara ini track record kita ada, perubahan yang berlaku dari lepas merdeka sehingga hari ini memang ada.

”Namun kita akui perlu dipertingkatkan lagi. Jadi kalau kata masyarakat Orang Asli tidak mendapat pembelaan daripada kerajaan BN adalah amat tidak tepat sekali kerana mereka yang berkata demikian tidak merujuk kepada fakta dan data,” katanya ketika walkabout ke Perkampungan Orang Asli Panggen, hari ini.

Tambah Shamsul yang juga Ahli Parlimen Lenggong, jika kerajaan BN langsung tidak menitik beratkan pembangunan Orang Asli manakan mungkin semua prasarana yang sedia ada sekarang telah dimajukan.

“Jika dilihat dari segi prasarana sudah ada jalan, bekalan air dan elektrik serta pendidikan.

“Malah calon kita sendiri mempunyai taraf pendidikan yang tinggi dan mampu membangunkan lagi kawasan-kawasan Orang Asli serta perkampungan Melayu,” ujarnya.


Ditanya mengenai masalah berbangkit yang dihadapi oleh Orang Asli ketika ini, Shamsul berkata ia bukannya masalah lama tetapi lebih kepada peningkatan taraf kehidupan yang semua masyarakat berdepan.

“Saya percaya mana-mana tempat pun ada masalah, sebenarnya bukan masalah tapi keperluan kehidupan mereka semakin bertambah dari masa ke semasa

”Jadi saya percaya jika masyarakat Orang Asli memberi mandat kepada calon BN yang faham tentang kehidupan Orang Asli tentu isu-isu ini akan dapat diatasi apatah lagi ADUN kawasan ini adalah Menteri Besar sendiri.

”Jadi gabungan ini sudah pasti dapat diselesaikan terutama sekali membabitkan pendidikan dan kebajikan mereka,” katanya.

#BNBangkit
#PrkCameronHighlands
#P078

Berita PRK Cameron Highlands
https://pakdin.my/tag/prk-cameron-highlands

Berita Berkaitan

Warisan punca peningkatan Covid-19, bukan GRS atau saya – Musa Aman

Saya berasa terpanggil menulis surat ini bagi menjelaskan punca sebenar peningkatan kes Covid-19 di...

Hajiji positif COVID-19, dirawat di hospital

Datuk Hajiji Noor disahkan positif COVID-19 dan kini dirawat di Hospital Queen Elizabeth, kata...

PRK Batu Sapi: BN tidak letak calon, fokus kesihatan rakyat – Zahid Hamidi

Barisan Nasional (BN) tidak akan meletakkan calon untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK)...

Pilihan raya kecil Batu Sapi akan tetap diadakan ?

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu pilihan raya kecil (PRK) bagi mengisi kekosongan...

Komen

..

Kenyataan Macron: Mahathir kena fokus kepada individu bukan serang negara & bangsa kata Najib

Bukanlah nak defend sangat tapi saya rasa dunia patut bertenang dan membaca kenyataan Tun Mahathir secara penuh dan dalam konteks penuh. Perlu adil kepada Tun...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,361PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan