#PRKCameronHighlands: Guan Eng memperlekehkan rakyat bandingkan peruntukan untuk universiti awam dan kolej swasta Cina - pakdin.my

Guan Eng bandingkan peruntukan kepada UIAM sebuah universiti awam dengan kolej swasta Cina menggunakan wang rakyat yang tiada dalam bajet negara 2019

Dia ingat IQ orang Melayu Bumiputera ni tahap IQ lembu kot. Universiti Islam tu universiti awam. Universiti kerajaan. Bukan universiti swasta.

Jangan buat-buat bodoh dan perlekehkan rakyat hanya untuk menghalal cara.

…………..

Saya setuju dengan Lim Guan Eng bahawa isu peruntukan RM6 juta kepada Kolej Universiti New Era di Selangor, Kolej Universiti Selatan di Johor dan Kolej Universiti Han Chiang di Pulau Pinang tidak patut di jadikan isu perkauman.

Tetapi alasan yang diberi oleh Guan Eng dengan membandingkan peruntukan untuk tiga kolej universiti swasta tersebut dengan peruntukan RM15 juta kepada UIAM adalah tidak masuk akal dan agak memperlekehkan rakyat.

Adakah Guan Eng tidak faham perbezaan antara kolej swasta dengan universiti awam milik kerajaan?

Isu utama sebenarnya ialah peruntukan untuk tiga kolej universiti ini tidak ada di dalam bajet 2019 untuk kementerian pendidikan dan tidak pernah dibentangkan dan diluluskan di parlimen.

Seperti diberitahu oleh Kementerian Pendidikan minggu lepas, peruntukan untuk tiga kolej universiti bukan dari bajet mereka tetapi telah diberi terus oleh Kementerian Kewangan di bawah Guan Eng.

Memang benar juga bahawa kerajaan BN dahulu pernah memberi peruntukan kepada Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (KUTAR) setiap tahun.

Ini ialah kerana janji untuk menyumbang sebahagian daripada perbelanjaan setiap tahun untuk KUTAR telah diluluskan di parlimen pada tahun 1968 apabila kebenaran diberi untuk menubuhkan sebuah pusat pendidikan Bukan Berasaskan Keuntungan (non-profit) untuk semua rakyat Malaysia dan tidak mengikut kaum.

Sebagai contoh, Menteri Pertanian PH Salahuddin Ayub dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Saifuddin Nasution adalah antara graduan dari KUTAR.

Oleh itu, KUTAR juga menerima sumbangan dari kerajaan untuk menolong perbelanjaan mengurus mereka setiap tahun sepanjang pentadbiran PM ke-4.

Hanya tahun 2019 ini sahaja, peruntukan untuk perbelanjaan mengurus bagi KUTAR dimansuhkan dengan sepenuhnya oleh kementerian kewangan kerana dendam politik DAP terhadap MCA yang merupakan pencadang untuk KUTAR semasa ianya ditubuhkan lebih dari 50 tahun dahulu.

Guan Eng kecewa isu perkauman dalam konteks pendidikan jadi modal kempen

Facebook Najib Razak

Rujukan:
Guan Eng kecewa isu perkauman dalam konteks pendidikan jadi modal kempen
https://www.sinarharian.com.my/article/7913

Jangan guna isu pendidikan untuk menang PRK, kata Guan Eng
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/126354

Laporan PRK Cameron Highlands
https://pakdin.my/tag/prk-cameron-highlands

UTAMANAJIB RAZAK#PRKCameronHighlands: Guan Eng memperlekehkan rakyat bandingkan peruntukan untuk universiti awam dan kolej...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium