[Video] #PRKCameronHighlands: Guan Eng, Menteri Kewangan dungu salah kira majoriti - pakdin.my

Laporan berita Buletin Utama TV3 dan Astro Awani sebentar tadi memetik kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengatakan bahawa PH berjaya mengurangkan majoriti kemenangan BN dalam PRK Cameron Highlands semalam daripada 4,184 undi semasa PRU lalu kepada 3,238 undi.

Dalam PRU14 pada 9 Mei 2018, calon BN Sivaraj Chandran memperoleh 10,307 undi, calon DAP M. Manogaran 9,710. Dalam ilmu matematik, 10,307 ditolak 9,710 jawapannya 597, bukannya 4,184.

Guan Eng juga dakwa PH dapat menambah undi dalam PRK semalam berbanding PRU14.

Kasihan.

Ilmu matematik mengajar 9,710 undi Manogaran pada PRU14 jika ditolak 8,800 jawapannya kurang 910 undi, bukan bertambah.

Betapa malangnya Malaysia mempunyai Menteri Kewangan yang dungu matematik.

…………………

Guan Eng ucap tahniah kepada Ramli, Najib

GEORGE TOWN: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengucapkan tahniah kepada calon Barisan Nasional (BN), Ramli Mohd Noor yang dipilih sebagai Ahli Parlimen Orang Asli pertama apabila berjaya memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands semalam.

Pada masa sama, Guan Eng turut mengucapkan tahniah kepada bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana memimpin PRK itu sehingga BN berjaya mengekalkan kemenangan.

“Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada UMNO dan Pas di atas gabungan mereka yang berjaya meraih sokongan daripada MCA dan MIC dalam PRK ini. Ia sesuatu di luar jangkaan,” katanya selepas menghadiri Majlis Perasmian Perpustakaan Digital Pulau Pinang di sini, hari ini.

Walaupun tewas, Guan Eng yang juga Menteri Kewangan berkata, kem Pakatan Harapan (PH) masih berbangga kerana berjaya menambah undi sebanyak tiga peratus selain mengurangkan jumlah majoriti yang dimenangi pihak lawan.

“Peratusan undi secara keseluruhannya turun sebanyak 10 peratus. Tetapi untuk kawasan-kawasan di mana kita kuat seperti di Tanah Rata, penurunan lebih jelas iaitu sebanyak 15 peratus. Itu antara sebab undi kita tidak dapat dimaksimakan.

“Bagaimanapun, kita masih berjaya menambah undi dah mengurangkan majoriti pihak lawan. Ini memberi galakan kepada kita untuk terus berjuang,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, BN menang kerusi Parlimen Cameron Highlands dengan undi majoriti sebanyak 4,184 tetapi pada PRK semalam, Ramli menewaskan calon PH, M. Manogaran, dengan undi majoriti sebanyak 3,238.

Ramli meraih 12,038 undi manakala Manogaran mendapat 8,800 undi.

Turut bertanding pada PRK itu ialah dua calon Bebas, Sallehudin Ab Talib yang memperolehi 314 undi dan Wong Seng Yee, 276 undi.

PRK Cameron Highlands diadakan semula selepas Mahkamah Pilihan Raya pada 30 Nov lalu mengisytiharkan kemenangan Datuk C. Sivarraajh pada PRU14 terbatal kerana melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 akibat tuduhan rasuah.

http://www.astroawani.com/berita-politik/guan-eng-ucap-tahniah-kepada-ramli-najib-197069


Lihat Video:
https://vimeo.com/313662200

UTAMAPILIHAN RAYA #PRKCameronHighlands: Guan Eng, Menteri Kewangan dungu salah kira majoriti

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium