32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 31, 2020

#PRKCameronHighlands: SPRM sahkan 7 dipanggil atas dakwaan PH beri ‘duit minyak’

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merakam percakapan 7 individu sejak Ahad lalu, bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pemberian wang oleh Pakatan Harapan (PH) seperti yang ditularkan melalui beberapa gambar dalam media sosial.

Beberapa gambar menunjukkan beberapa individu memakai baju berlogo PH didakwa mengagihkan wang kepada penduduk Cameron Highlands yang dalam tempoh kempen pilihan raya kecil (PRK), mula tersebar di sosial media sejak Ahad lalu.

Pengarah SPRM Perak, Datuk Zainul Darus mengesahkan 7 individu yang dirakam percakapan, termasuk wanita di dalam gambar berkenaan.

“Siasatan kita laksanakan seperti biasa dan saya mohon supaya tidak wujud spekulasi mengenai hal ini, di mana kita tidak pasti wujud kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 pindaan 2012 dan Akta SPRM 2009.

“Berdasarkan gambar itu, kita memanggil saksi berkaitan, siapa yang ada dalam gambar itu yang dapat – kita ‘pick up’ sebagai saksi untuk sahkan wujudnya kejadian itu, dan mereka berada di tempat itu pada tarikh berkenaan,” katanya pada sidang media di pejabat SPRM Perak di Meru hari ini.

Menurut Zainul, setakat ini SPRM menerima 5 aduan daripada orang awam dan ahli politik mengenai perkara itu.

Berita PRK Cameron Highlands
https://pakdin.my/tag/prk-cameron-highlands

Berita Berkaitan

Warisan punca peningkatan Covid-19, bukan GRS atau saya – Musa Aman

Saya berasa terpanggil menulis surat ini bagi menjelaskan punca sebenar peningkatan kes Covid-19 di...

Hajiji positif COVID-19, dirawat di hospital

Datuk Hajiji Noor disahkan positif COVID-19 dan kini dirawat di Hospital Queen Elizabeth, kata...

PRK Batu Sapi: BN tidak letak calon, fokus kesihatan rakyat – Zahid Hamidi

Barisan Nasional (BN) tidak akan meletakkan calon untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK)...

Pilihan raya kecil Batu Sapi akan tetap diadakan ?

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu pilihan raya kecil (PRK) bagi mengisi kekosongan...

Komen

..