#PRKCameronHighlands: ‘Rule Of Law’ terus diketepikan, Suruhanjaya Pilihan Raya tidak wujud

Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dikendalikan hanya seorang individu sahaja dipersoalkan.

Ini kerana menurut Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa tindakan tersebut bertentangan dengan perkara 114 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Jelasnya lagi mengikut Perlembagaan, sebuah suruhanjaya sepatutnya dikendalikan tujuh orang anggota iaitu Pengerusi, Timbalan Pengerusi serta lima orang anggota SPR yang lain.

“SPR menurut perlembagaan tidak boleh wujud jika hanya mempunyai komposisi hanya dengan seorang pengerusi. Perkataan ‘hendaklah’ di dalam Perlembagaan Persekutuan menunjukkan bahawa ia adalah keperluan mandatori.

“Justeru itu, segala tindakan yang dibuat di bawah nama Suruhanjaya Pilihan Raya pada ketika ini adalah tidak berpelembagaan dan dikira terbatal.

“Mana mungkin Suruhanjaya ini berfungsi dengan hanya seorang ahli sedangkan perlembagaan dgn jelas dan secara wajib (SHALL), mesti terdiri dari 7 orang,” katanya pada sidang media khas di Cameron Highlands, Jumaat.

Tegas Annuar ia lebih menimbulkan keresahan apabila individu tersebut yang bertindak sebagai Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun merupakan orang kuat Pakatan Harapan sekaligus setiap keputusan yang dikeluarkan mungkin bias atau tiada ‘check and balance’.

“Kekosongan dalam SPR itu dah lama, bukan sekejap. Dan mereka berhenti kerana ada tekanan dari pihak kerajaan sekarang. Sepatutnya mereka dihormati dalam apa jua keadaan, mereka mesti bertindak bebas.

“Sepatutnya kelompongan dalam SPR tidak boleh dibiarkan begitu lama, sehingga yang sekarang ni hanya seoarang sahaja, dia pun seorang aktivis yang pro kepada Pakatan Harapan jadi itu yang berlegar dalam fikiran kita,” ujarnya lagi.

Tambah Annuar perkara ini perlu diambil tindakan bagi meyakinkan rakyat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih tidak lama lagi.

#BNBangkit
#PrkCameronHighlands
#P078

Berita PRK Cameron Highlands
https://pakdin.my/tag/prk-cameron-highlands