#PRKCameronHighlands: Tok Batin buat laporan polis terhadap Bob Manolan - pakdin.my

LIPIS – Tindakan Senator Dewan Negara, Bob Manolan Mohamad mengeluarkan kenyataan ‘memecat’ Tok Batin yang tidak menyokong Pakatan Harapan (PH) terus mendapat bantahan daripada Tok Batin di negeri ini yang tampil membuat laporan polis hari ini.

Laporan polis berkenaan dibuat oleh wakil Tok Batin iaitu Pengerusi Batin Pahang, Norya Abas di Balai Polis Sungai Koyan di sini.

Norya yang juga Presiden Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia berkata, kenyataan yang dibuat oleh Bob Manolan telah menimbulkan keresahan dalam kalangan Tok Batin di negeri ini.

Katanya, kenyataan tersebut yang bersifat mengugut juga telah mengguris hati tok batin yang sentiasa memberikan kerjasama kepada kerajaan dalam membangunkan Orang Asli.

“Tidak sepatutnya seorang Senator yang datang dari kaum kami sendiri mengeluarkan kenyataan yang sebegitu yang kami rasa merendahkan dan memperlekehkan kepimpinan batin-batin di seluruh negara.

“Tujuan saya dan rakan-rakan membuat laporan bagi membolehkan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat siasatan terperinci dan mengenakan tindakan mengikut undang-undang,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan Ketua-ketua kampung Orang Asli atau Tok Batin di Cameron Highlands mungkin kehilangan gaji dan jawatan mereka jika tidak mengundi kerajaan Persekutuan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands pada 26 Januari ini.

Amaran itu dinyatakan senator PKR, Bob Manolan pada sesi dialog dengan Tok-tok Batin di kubu Barisan Nasional (BN) di Pos Betau, Jelai.

Rujukan;
#PRKCameronHighland: Senator ugut Tok Batin cuba nafi walaupun ada bukti audio suara
https://pakdin.my/prkcameronhighland-senator-ugut-tok-batin-cuba-nafi-walaupun-ada-bukti-audio-suara/

#PRKCameronHighlands: Diugut? Ini Jawapan Tok Batin !!
https://pakdin.my/prkcameronhighlands-diugut-ini-jawapan-tok-batin/

UTAMAPILIHAN RAYA#PRKCameronHighlands: Tok Batin buat laporan polis terhadap Bob Manolan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium