#PRKDUNSemenyih: Sampai bila UMNO/PAS nak bersatu?

23 Jun 2002-Tun Paklah membacakan doa didalam Van Jenazah Allahyarham Ustaz Fadhil Noor sambil di Amin kan oleh Dato Seri Najib Razak dan Ustaz Nasharuddin Mat Isa.

“DS Najib Razak antara menteri yang hadir paling awal semasa kematian Ust. Fadzil Noor rahimahullaah. Beliau tanya apa yang boleh kerajaan bantu. Lalu diminta ambulan untuk dihantar jenazah ke Kedah. Beliau terus membuat panggilan telefon mengarahkan disiapkan sebuah pesawat TUDM untuk menghantar jenazah pulang ke Kedah. Begitu juga Tun Abdullah Badawi juga masuk ke dalam van jenazah…”

Lalu Ustaz Nasha menyimpulkan satu konklusi perpaduan:

“Sampai bila nak bersatu? Takkan nak tunggu mati baru nak bersatu? Takkan nal tunggu negara pecah belah baru nak bersatu? Masa tengah tenang nilah kita bersatu…”

Atau sepertimana yang diungkapkan bekas Timbalan Presiden Pas, Ustaz Nasharudin Mat Isa.

(Soal Jawab TV3, 6 Februari 2013)
[adinserter block=”5″]
……….
MStar 17/5/2013

Nasharuddin Ulangi Kenyataan Mahu Umno Dan PAS Bersatu

Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa pada Khamis mengulangi kenyataannya supaya parti-parti mewakili orang Melayu dan Islam di negara ini bersatu untuk kebaikan agama.

Beliau yang juga Pengerusi Yayasan Al Quds Malaysia berkata, untuk mencapai tujuan itu pemimpin dan anggota Umno dan PAS perlu berani mengenepikan kepentingan masing-masing.

“Kegagalan penyatuan di antara Umno dan PAS berlaku kerana masing-masing tidak mahu meninggalkan kepentingan peribadi dan kuasa yang diperoleh,” katanya ketika menjawab soalan daripada peserta Forum Kedamaian dan Keselamatan 2013 di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar (IDFR), di sini.

Beliau berkata, pemimpin parti politik lebih tertumpu dan berlumba untuk mendapatkan kuasa di Putrajaya dan pemerintahan negara daripada melihat kesan ke atas perpaduan ummah.

https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2013/05/17/nasharuddin-ulangi-kenyataan-mahu-umno-dan-pas-bersatu
[adinserter block=”5″]
…….
16/5/2013
Bekas pemimpin Pas minta Melayu bersatu

Bekas Timbalan Presiden Pas, Datuk Dr Nasharudin Mat Isa mengingatkan orang Melayu Islam agar bersatu bagi mengelak keganasan dan peperangan yang berlarutan di Timur Tengah berlaku di negara ini.

Pengerusi Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (YGMM) itu berkata, tiada sebab untuk orang Melayu berpecah memandangkan dilahirkan sebagai Melayu dan beragama Islam.

“Persoalannya adakah itu (konflik di Asia Barat) yang kita mahu berlaku di Malaysia? Adakah itu harapan kita untuk Malaysia apabila tidak wujud keseragaman dalam suara ummah untuk bersatu?

“Kita dijadikan sebagai Melayu dan Islam, tidak ada faktor yang menyebabkan kita tidak boleh bersatu,” katanya seperti dipetik dari akhbar Utusan Malaysia hari ini.

https://malaysiadateline.com/bekas-pemimpin-pas-minta-melayu-bersatu/

Rujukan:
https://pakdin.my/?s=Nasharuddin

37 Replies to “#PRKDUNSemenyih: Sampai bila UMNO/PAS nak bersatu?

  1. Insyaallah ! Sampai bila2 selagi ada sefahaman! Takkan tak boleh kut! UMNO boleh berkawan dng MIC dan MCA sudah berpuluh tahun? Inikan pulak dng PAS! Sebangsa seagama! Tak dak hal lah !! Terbaik apa! Kita yg akar umbi ni patut sokong penyatuan ini. Tkasih Ya Allah. Restulah dan berkati lah 2 Parti ini demi Ummah

  2. Selagi Islam dan bangsa melayu masih ujud dinegara ini ,perpaduan ummah adalah kunci kepada kesepakatan mempertahankan agama dan bangsa .ini bumi melayu turun menurun ,pastikan ianya tidak jatuh ke tangan orang lain .

  3. Heheeh…good!….Negara mesti mempunyai Kerajaan yang betul betul membawa suara semua Rakyat….hakikatnya…1. “Balance and Harmony- Perfect Synergy” boleh dicapai yakni melalui gabungan: UMNO (melayu progressif), PAS (Suara Islam yang betul), MCA (suara kaum Cina bukan ekstremis), MIC (suara kaum India bukan ekstremis) dan juga dengan GPS dan parti diSabah…2. Ini lah formula terbaik di Malaysia, selepas formula BN sebelum ini….3. PAS diluar BN sebelum ini, merupakan pembangkang berperanan penting, yang telah (dari luar) mempengaruhi nilai nilai Islam didalam Kerajaan BN….4. Kini, tiada sebab, kerana PAS, MCA dan MIC juga boleh berbincang semeja, jika ada yang perlu diselesaikan mengenai soal Islam…5. Berbanding dengan PH: PKR (reformasi keluar penjara- anak sendiri pun tak percaya dengan reformasi lagi), PPBM (Parti Pakar Bohong Malaysia), D4P (ekstremis- membuatkan melayu juga menjadi ekstremis) dan PAN (pakar islam akademik- dan mudah menyelewengkan umat Islam)….persoalannya (dari sudut strategi): apakah bentuk perjanjian yang terbaik untuk mencapai “perfect-synergy” ini oleh UMNO, MCA, MIC, PAS dll?….thanks. bye

Leave a Reply