28.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 22, 2020

#PRKDUNSlim: 267 pengundi awal tunai tanggungjawab

TANJUNG MALIM Satu saluran di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim di sini mula dibuka 8 pagi ini bagi membolehkan 267 pengundi awal melibatkan anggota polis menunaikan hak mereka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim.

Pusat pengundian awal itu dibuka sehingga 5.30 petang.

Sepanjang proses pengundian awal, pengundi diminta mematuhi panduan pencegahan Covid-19 seperti memastikan penjarakan fizikal, memakai pelitup muka, menggunakan cecair pembasmi kuman dan menjalani pemeriksaan suhu badan.

Proses pengundian awal itu akan disaksikan oleh ejen calon serta Pemerhati Pilihan Raya yang dilantik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan proses pengundian berkenaan disiarkan secara langsung menerusi Facebook SPR.

Semua peti undi bagi pengundian awal akan disimpan di lokap IPD Muallim, dan pengiraannya dibuat pada hari pengundian, 29 Ogos ini di pusat pengiraan undi di Majlis Daerah Tanjung Malim.

PRK DUN Slim menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Mohd Zaidi Aziz dan dua calon Bebas iaitu peguam Amir Khusyairi Mohamad Tanusi mewakili Parti Pejuang Tanah Air yang belum didaftar secara rasmi dan bekas guru S.Santharakesaran. — Bernama

Berita Berkaitan

00:00:53

#PRNSabah: Penularan Covid-19 di Sabah sandiwara kata Calon Warisan, Mohamaddin Ketapi

"Covid pandai melonjak hanya masa pilihanraya. Lepas pilihanraya, kes Covid di Sabah turun ke...

SPRM siasat kes beli undi awal #PRNSabah

KOTA KINABALU: Dua anggota keselamatan diberkas di Lahad Datu semalam selepas dipercayai membawa sejumlah...

[Video] Shafie mengaku lantik keluarga, ‘orang semporna’ dalam jabatan, GLC #PRNSabah

"Unity" apa yang Warisan Plus laungkan jika Shafie sendiri mengaku melantik orang dia mengikut...

[Video] Pengundian awal #PRNSabah

Suasana hari pengundian awal di Mes Pegawai Kanan PDRM di Kepayan, Kota Kinabalu, Sabah...

#PRNSabah: Pengundian awal bermula

KOTA KINABALU: Tepat jam 8 pagi tadi, sebanyak 55 pusat pengundian dibuka bagi 16,877...

Penghinaan terhadap pasukan keselamatan tidak dapat dimaafkan

Kenyataan berbentuk penghinaan seorang ahli politik yang mendakwa insiden pencerobohan Lahad Datu, pada 2013,...
00:00:53

#PRNSabah: Penularan Covid-19 di Sabah sandiwara kata Calon Warisan, Mohamaddin Ketapi

"Covid pandai melonjak hanya masa pilihanraya. Lepas pilihanraya, kes Covid di Sabah turun ke sifar" tuduh Ketapi. Pemimpin Warisan ini teruskan tuduhan dia bahawa kenaikan...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,344PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan