#PRKDUNSungaiKandis – Lokman Noor Adam calon pilihan BN - pakdin.my

#UndiBarisanNasional #TolakKerajaaTomato

Datuk Lokman Noor Adam dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, 4 Ogos ini.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Presiden Pemantau Malaysia Baru 2018 mempunyai pengalaman yang luas dalam arena politik dengan menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan pada usia 18 tahun.

Dengan latar pendidikan Sarjana Pengurusan dan juga Diploma Siyassah Syarriah dan Kepimpinan Islam dari Institut Pengajian Ilmu-ilmu Islam, beliau pernah dipecat dari UMNO pada tahun 1998 kerana menegur Tun Dr Mahathir.

Lokman adalah seorang pejuang keadilan dan hak asasi mulai detik tersebut yang pernah dilokap sebanyak lapan kali kerana mengepalai siri demonstrasi mempertahankan hak bersuara dan berhimpun serta memperjuangkan pembebasan mantan Timbalan Perdana Menteri Datuk Sri Anwar Ibrahim yang dizalimi oleh Dr Mahathir.

PRK DUN Sungai Kandis diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Mat Shuhaimi Shafiei pada 2 Julai lepas akibat kanser limfoma. 

UTAMAPILIHAN RAYA#PRKDUNSungaiKandis - Lokman Noor Adam calon pilihan BN

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium