#PRKDUNSungaiKandis: Peluang Mengukur Sokongan Rakyat - pakdin.my

#UndiBarisanNasional #TolakKerajaanTomato

Pilihanraya kecil pertama setelah Pilihan Raya Umum ke 14 berlalu ialah Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis yang akan berlansung pada 4 Ogos ini.

Walaupun ianya tidak mendatangkan kesan perubahan terhadap kedudukan parti memerintah dan pembangkang namun ianya dilihat sebagai satu permula untuk melihat porla sokongan rakyat setelah Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan dan mengekalkan Selangor dalam pentadbiran mereka.

Pilihan raya ini juga akan menjadi medan ujian yang terbaik buat UMNO bagi memantapkan semula kedudukannya sebagai sebuah parti yang telah mendominasi kerajaan selama 13 penggal sebelum tewas teruk pada PRU ke 14 lalu.

Ini juga boleh dilihat sebagai menguji kedudukan UMNO di mata rakyat dan dalam masa yang sama mengembalikan keyakinan rakyat kepada parti UMNO yang kini sudah bergelar parti pembangkang.

Ini adalah platform dan peluang yang terbaik bagi UMNO yang memegang konsep semak dan imbang untuk membentangkan pelbagai kelemahan janji-janji dalam manifesto kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang berkaitan kepentingan rakyat.

Boleh dikatakan UMNO mempunyai banyak modal dan isu untuk diketengahkan dalam kalangan pengundi DUN Sungai Kandis yang menunjukkan kelemahan kerajaan Pakatan yang begitu serius dan kritikal.

Diantara perkara yang sedang menjadi perbualan hangat yang menyentuh hati rakyat kebanyakkan seperti ancaman kepada Institusi Raja-Raja Melayu, kepentingan agama Islam, hak orang Melayu termasuk isu pekerjaan dan beberapa sekatan yang diperkenalkan.

UMNO boleh membawa kesemua isu untuk pengadilan kepada pengundi DUN Sungai Kandis, UMNO perlu mengambil peluang ini tanpa mengira kesan menang kalah yang tidak memberi apa-apa perubahan kepada kedudukan UMNO/ Barisan Nasional di Selangor.

UMNO harus mengembalikan keyakinan rakyat dan peluang yang ada ini adalah sebagai pembuka jalan untuk mengukur sokongan rakyat kepada UMNO, khususnya di Selangor.

 

https://pakdin.my/tag/prk-sungai-kandis

 

UTAMAPILIHAN RAYA#PRKDUNSungaiKandis: Peluang Mengukur Sokongan Rakyat

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium