#PRKKimanis: BN menang dengan majoriti 2,029 undi (tidak rasmi)

Barisan Nasional (BN) mengalahkan Warisan dengan majoriti jelas 2,029 undi menurut keputusan tidak rasmi dalam pilihan raya kecil Kimanis hari ini.

- Advertisement -

Pada jam 7.34 malam, calon BN Mohamad Alamin mendapat 12,414 undi berbanding calon Warisan Karim Bujang yang meraih 10,501 undi selepas kesemua 70 peti undi dikira.

Keputusan itu merupakan tamparan kepada usaha Warisan merampas kerusi tersebut yang dikuasai BN sejak 2004.

Bekas menteri luar dan orang kuat Umno Anifah Aman dipilih semula di Kimanis pada pilihan raya umum 2018 tetapi kemenangannya dibatalkan oleh mahkamah yang mendapati wujud luar aturan dalam keputusan tersebut.

Petisyen pilihan raya berkenaan difailkan oleh Karim.

Pada 2018, Anifah menang tipis dengan majoriti 156 undi mengalahkan Karim yang mendapat 11,786 undi. Calon ketiga mewakili Parti Harapan Rakyat Sabah, Jaafar Ismail mendapat 1,300 undi.

Institut Analisis Strategi dan Penyelidikan Dasar (Insap) meramalkan kemenangan BN dalam pilihan raya kali ini.

Pada Jumaat, timbalan pengerusi badan itu Pamela Yong berkata, bancian Insap mendapati BN mendapat sokongan lebih besar daripada pengundi Bumiputera.

“Kadar sokongan kepada BN dalam kalangan pengundi Bumiputera Islam adalah 43.4%, sementara sokongan kepada Warisan sebanyak 39.4%.

“Dalam kalangan Bumiputera bukan Islam BN mendapat 42% sokongan, sementara Warisan 44.4%.”

Beliau berkata, kira-kira 17.2% pengundi Islam dan 13.7% pengundi bukan Islam di Kimanis tidak mengambil sikap dan berkemungkinan menjadi undi pemutus dalam pilhan raya itu.

Yong menjangka peralihan undi komuniti Kadazan-Dusun-Murut akan memihak kepada BN, dan menyebut bahawa Warisan, yang merupakan parti kerajaan di Sabah, bergerak lebih lewat memasuki daerah mengundi.

Kajian Insap juga mendapati kedua-dua calon BN dan Warisan tidak dapat menyaingi sokongan diterima Anifah Aman, yang mendapat sokongan 49% atas pencapaiannya sebagai ahli Parlimen.

“Sokongan kepada Anifah di Kimanis memberi kelebihan kepada BN,” katanya.

Presiden MCA Wee Ka Siong merupakan pemimpin BN pertama mengucap tahniah.

Dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, beliau mengucapkan tahniah kepada Mohamad Alamin kerana memastikan BN menang dengan majoriti lebih besar berbanding 2018.

Beliau berkata, kemenangan di Kimanis merupakan kemenangan kelima berturut-turut untuk BN sejak pilihan raya umum Mei 2018.

Ia menunjukkan rakyat bosan dan tidak gembira dengan kerajaan PH di Putrajaya dan kerajaan negeri diketuai Warisan di Sabah.

BN menang dalam PRK di Semenyih, Rantau, Cameron Highlands dan tanjung Piai sebelum ini.

Berita Berkaitan

Komen

......
Advertisment

Instagram

Terkini

Salam takziah… Adun Slim, Mohd Khusairi Abdul Talib meninggal dunia

Sahabat yang amat saya kenali, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Slim yang juga Ketua Umno Bahagian Tanjung Malim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib meninggal...

Salam takziah… Adun Slim, Mohd Khusairi Abdul Talib meninggal dunia

Sahabat yang amat saya kenali, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Slim yang juga Ketua Umno Bahagian Tanjung Malim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib meninggal...

[Video] YouTuber AS hasilkan video khas bidas Al Jazeera

MASIHKAH anda ingat dokumentari terbitan Al Jazeera berjudul "Locked Up in Malaysia's Lockdown" yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini? Terbaharu, saluran YouTube 'Other Side of the...

Anwar Enggan Jawab Kejatuhan PH Angkara Tun M

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan menjawab persoalan samada semua kemelut yang dihadapi oleh Pakatan Harapan (PH) adalah angkara bekas Perdana Menteri, Tun...

Buat persiapan sambut pelajar, guru maut terjatuh dari balkoni bangunan sekolah

HASRAT murni seorang guru lelaki yang membuat persiapan sempena pembukaan semula sekolah pada Rabu berakir dengan tragedi apabila dia maut pada Selasa. Menerusi kejadian pada...

Yuran asrama, perkhidmatan universiti dikurangkan hingga 15 peratus

Yuran asrama dan yuran perkhidmatan di universiti awam bagi semester kedua sesi akademik 2019/2020 dikurangkan sehingga 15 peratus, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr...

Sering Dibaca

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

01:00:37
Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan yang mendalam berhubung insentif dan proses pelaburannya yang akan menjadikan negara ini menonjol daripada yang...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Jan-Apr 2019 (tak ada krisis Covid): - Pinjaman baru: RM54.8b (termasuk bon samurai RM7.8b) - Bayaran balik hutang: RM17.7b - Hutang negara tambah RM37.1b. Jan-Apr 2020 (krisis Covid) -...

Bimbang rusuhan di AS, harga minyak jatuh

NEW YORK – Harga minyak jatuh disebabkan rusuhan di bandar-bandar besar Amerika Syarikat (AS) ketika dagangan meningkat kerana pasaran optimistik Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak...

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.