#PRKKimanis dan isu anti climax

Parti pembangkang mempunyai jentera pilihraya yang lengkap dan berpengalaman | pakdin.my

Sentimen pengundi sewaktu PRU lalu dengan sentimen pengundi semasa PRK Kimanis tidak sama. Jauh berbeza.

Jangan mengambil kira semangat rakyat mahu melihat perubahan yg berlaku pada PRU akan berlaku dalam PRK Kimanis. Itu tidak akan berlaku.

Dalam PRU parti pembangkang tiada jentera pilihanraya yg lengkap dan tersusun, tapi mereka mempunyai isu-isu yg baik untuk rakyat menolak parti pemerintah. Rakyat mengundi pembangkang kerana protes dan menghukum parti kerajaan kerana isu2 tersebut.

Dalam PRK Kimanis, sungguhpun parti kerajaan mempunyai jentera pilihraya yanh tersusun dan lengkap tetapi mereka tiada isu untuk menyerang parti pembangkang. Isu-isu lama masih boleh digunakan untuk menarik perhatian tapi mungkin isu-isu itu kurang berkesan. Isu-isu itu sudah anti climax berbanding dengan isu-isi baru dari parti pembangkang.

Disamping itu parti pembangkang juga mempunyai jentera pilihraya yang lengkap dan berpengalaman.

Oleh: Musli Oli