#PRKKimanis: PH saman PH sebabkan batal keputusan pilihanraya - pakdin.my

Saya baca ada yang keliru selepas baca hantaran saya kenapa PRK Kimanis berlaku.

OK. Saya jelaskan dalam bentuk paling ringkas.

Calon PH saman ahli parlimen BN yang menang. Dakwa BN menang kerana rasuah pengundi.

Calon PH kalah kes. Mahkamah kata BN tak rasuah pengundi.

Keputusan PRU14 Kimanis tak batal.

Mahkamah arahkan calon PH bayar kos gantirugi RM105,000 kepada calon BN.

Calon PH pun saman SPR. Dakwa SPR ada salah laku semasa PRU14.

SPR adalah di bawah kawalan kerajaan PH.

Pengerusi SPR ialah lantikan politik PH.

SPR mengaku ada salah laku semasa PRU14.

Mahkamah arahkan keputusan PRU14 Kimanis dibatalkan.

Mahkamah juga arahkan SPR bayar kos gantirugi RM100,000 kepada calon PH.

SPR kata mereka terima keputusan Mahkamah.

SPR kata mereka tidak akan merayu keputusan Mahkamah.

SPR arahkan PRK Kimanis dilaksanakan.

BN tak kalah kes dengan PH.

SPR di bawah pengerusi lantikan politik kerajaan PH yang kalah kes.

Maka, jika PH ingin …

PH boleh saman SPR di bawah kawalan kerajaan PH untuk mana-mana keputusan PRU atau PRK di mana-mana kawasan parlimen dan DUN.

Selagi SPR mengaku mereka ada salah laku maka mahkamah akan batalkan keputusan PRU atau PRK.

PRK boleh berlaku di mana-mana jua pada bila-bila masa.

Kesimpulannya:

PH saman kerajaan PH.

Kerajaan PH mengaku salah.

PH menang kes dengan kerajaan PH.

PH dibayar kos gantirugi oleh kerajaan PH.

Keputusan pilihanraya dibatalkan.

= PRK berlaku.

Rujukan:
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/08/596726/mahkamah-tolak-kemenangan-anifah-di-parlimen-kimanis

Najib Razak

UTAMANAJIB RAZAK#PRKKimanis: PH saman PH sebabkan batal keputusan pilihanraya

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium