#PRKKimanis : Shafie Membakar Kempen Anti-Semenanjung - pakdin.my

Kempen PRK Kimanis memasuki bibit kotor dan jelik apabila Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal mula memainkan sentimen anti-Semenanjung.

“PRK kali ni, saya merayu kepada orang Sabah, supaya memilih orang Sabah, hati dan jantungnya Sabah, mukanya orang Sabah; bukannya mukanya orang Sabah, tapi hatinya Umno Kuala Lumpur.”

Tuduhan ini sangat jahat kerana calon BN Mohamad Alamin merupakan anak tempatan yang telah berbakti kepada masyarakat setempat selama berpuluh tahun.

Beliau tidak memegang apa-apa jawatan utama di Kuala Lumpur seperti Shafie beberapa tahun lepas.

Mungkin Shafie lupa UMNO inilah tempat beliau bertapak membina rangkaian politik sehingga menjadi Menteri Kanan di Persekutuan.

Mungkin Shafie lupa melalui UMNO beliau diberi peluang menjawat Menteri Pembangunan Luar Bandar yang sepatutnya digunakan kedudukan itu untuk memajukan negeri Sabah.

Apakah UMNO Kuala Lumpur yang salah apabila Shafie sebagai urang Sabah yang berpuluh tahun dalam kerajaan BN dan memegang potfolio penting dalam pembangunan luar bandar gagal membantu Sabah?

UMNO bukan milik Kuala Lumpur atau Johor atau Selangor. UMNO milik seluruh masyarakat Bumiputera yang menerima nilai perjuangan dan idealisme parti ini.

Kejayaan Shafie sendiri menang sebagai Naib Presiden UMNO membuktikan perwakilan UMNO di Semenanjung tidak pernah memandang penduduk Sabah sebagai kelas kedua.

Sangat aneh untuk Shafie memainkan sentimen anti Semanjung apabila beliau sendiri pun naik menjadi Ketua Menteri melalui pintu belakang dengan ‘bantuan’ Kuala Lumpur.

Sabah mendapat lebih banyak peruntukan pembangunan dan peluang ekonomi ketika Datuk Abdul Rahman Dahlan menjadi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) berbanding ketika Shafie menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar.

Sabah mendapat lebih banyak peruntukan pembangunan semasa Rahman Dahlan menjadi Menteri kecil JPM berbanding ketika Shafie menjadi Menteri kanan di Persekutuan.

Jadi tidak adil Shafie memburukkan UMNO sedangkan beliau sendiri ketika diberi peluang menjadi Menteri kanan dengan bajet berpuluh bilion setahun gagal membantu Sabah.

Bukan UMNO tidak peduli kepada urang Sabah. Sebaliknya urang Sabah seperti Shafie lah yang mengkhianatinya.

Rakyat belum lupa skandal penyelewengan peruntukan pembangunan Sabah yang bernilai berbilion ringgit ketika di bawah pengawasan Shafie Apdal.

Lebih aneh Shafie cuba menghasut sentimen anti Semenanjung sedangkan sebahagian besar hidupnya beberapa tahun lalu sekitar Kuala Lumpur.

Jadi sebagai Ketua Menteri, walau bagaimana terdesak pun untuk menang, tidak wajar sama sekali beliau meniup sentimen perpecahan di kalangan rakyat negara ini.

Melucukan untuk orang seperti Shafie meniupkan api anti-Semenanjung bila beliau sendiri memilih berkahwin dengan orang Semenanjung.

Malahan artis wanita ‘pujaan’ Shafie juga dilaporkan orang semenanjung.

UTAMAPILIHAN RAYA#PRKKimanis : Shafie Membakar Kempen Anti-Semenanjung

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium