#PRKKimanis: Wanita misteri berbaju merah

Tadi mcik sempat kupi-kupi dengan sahabat di Restoran Ajmeer, Benoni.

Sedang bercerita tu tiba-tiba seorang wanita yang kelihatan berusia 50an mundar-mandir di tepi kami, mcik dan sahabat ingatkan dia mau cari tandas.

Tapi sangkaan kami meleset, dia mendekati mcik dan ayat pertama keluar dari mulutnya ialah; “BN ada harapan menang di Kimanis?”

Makcik berpandangan dgn sahabat tadi dan saat itu jugalah wanita itu memperkenalkan dirinya sebagai ahli dari Parti Bersatu Sabah(PBS) bahagian Penampang.

Barulah terjawab teka-teki kami tadi. Lalu wanita yang mcik bahasakan sebagai “Auntie” itu mcik ajak duduk tapi dia kata tidak apa. Sambil memegang tangan mcik, dia menyatakan sokongan padu buat BN di PRK KIMANIS ini, malah dia tidak datang berseorangan tetapi dengan ahli-ahli lain yang begitu bersemangat datang untuk membantu memastikan kemenangan BN

Semua ini katanya demi menentang kerajaan Warisan yang samasekali tidak mendengar suara rakyat terutamanya dalam isu PSS (Pas Sementara Sabah)

Sebelum meninggalkan kami untuk kembali ke mejanya dengan rombongan nya, auntie ini memeluk mcik dan mcik juga sempat bisikkan padanya, “Kita bersatu demi SABAH”

Kimanis… Mulai terasa makin manis.Tapi kita jangan alpa ya gaisss 😊😊😊

#PRKKimanis
#UbahBalik
#TolakPSS
#MuafakatSABAH

Facebook Nur Fazz