#PRKRantau : Orang Muda Mula Kembali Kepada BN - pakdin.my

Hidup kita tidak akan mampu bersandarkan kepada penipuan semata-mata. Begitu juga sesebuah kerajaan itu. Pakatan Harapan menabur janji manis sejak beberapa penggal yang lalu. Apabila lagu janji yang sama dimainkan berulangkali bersama propaganda dan fitnah terancang maka rakyat Malaysia terpedaya dan memilih PH dalam Pilihan Raya Umum ke 14 yang lalu.

Lebih dari sepuluh bulan sejak kemenangan PH. Mereka memberi bermacam-macam alasan untuk tidak menunaikan janji. Selain daripada menuding jari kepada BN tanpa membuat sebarang perancangan untuk meningkatkan ekonomi Negara, PH sanggup mengeluarkan kenyataan bahawa manifesto bukan kitab suci.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, pengundi muda antara golongan yang menyokong kuat PH sebelum ini. Mereka “terkulai” dengan janji PTPTN dimansuhkan hutang. Dan sebagaimana yang kita sedia maklum, ternyata PH tidak memansuhkan hutang-hutang PTPTN tersebut.

Kini pengundi muda dilihat mula kembali menyokong BN berdasarkan PRK Cameron Highlands dan PRK Semenyih. Malah kaji selidik di seluruh negara terhadap 9,071 rakyat Malaysia yang ditinjau melalui telefon antara 1 Januari dan 31 Disember 2018 mendapati sokongan untuk PH berkurangan. Ianya turun dari 76.8 % pada bulan Jun kepada 57.2 % enam bulan kemudian dengan BN mengatasi PH.

Undi orang muda untuk Barisan Nasional meningkat dari 30.2 peratus dalam PRU14 keada 51.6 peratus dalam Pilihan Raya Kecil Semenyih baru-baru ini. Pakatan Harapan mengalami penurunan daripada 51.9 peratus kepada 43.7 peratus.

“The Semenyih by-election shows that there has indeed been a reversal in youth support to the benefit of Barisan Nasional… the political implications of this trend decided the Semenyih by-election in Barisan Nasional’s favour and will likely have a similar effect on the Rantau by-election,” Kajidata.

SPR menetapkan PRK Rantau pada 13 April depan. Pada 18 Januari lalu, Mahkamah menolak rayuan Datuk Seri Mohamad Hasan bagi membatalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Seremban pada 16 November tahun lalu yang mengisytiharkan kemenangan beliau di kerusi DUN Rantau pada PRU-14 adalah tidak sah dan terbatal.

Calon PKR bagi DUN Rantau pada PRU-14, Dr S Streram merangkap Naib Ketua PKR Cabang Rembau memfailkan petisyen pada 23 Mei tahun lalu untuk membatalkan keputusan SPR yang mengisytiharkan Mohamad memenangi kerusi DUN Rantau.

Mohamad Hasan yang ketika itu Menteri Besar Negeri Sembilan menang kerusi itu tanpa bertanding pada PRU-14 selepas Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi kawasan Parlimen Rembau, Amino Agos Suyub tidak membenarkan Dr Streram masuk ke pusat penamaan calon kerana tiada pas calon SPR.

Ramai pihak berharap agar Mohamad Hasan akan menang besar dalam PRK Rantau dengan beralihnya undi orang muda kepada BN. Syabas orang muda, anda tidak terlalu leka dibuai mimpi janji palsu PH.

UTAMAPILIHAN RAYA#PRKRantau : Orang Muda Mula Kembali Kepada BN

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium