26.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 28, 2020

#PRKRantau: PKR berpeluang menang kerana faktor Anwar Ibrahim

Anwar cuma perlu masuk ke estate dan menari bersama masyarakat India.
…………
KUALA KEDAH – PKR mempunyai kelebihan untuk memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Rantau, biarpun bakal berdepan tentangan sengit calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hassan yang dikatakan akan mempertahankan kerusi itu.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR negeri, Datuk Johari Abdul berkata, keyakinan itu disuarakan berikutan ‘mood’ rakyat kini yang melihat Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai bakal Perdana Menteri.

Menurutnya, rakyat juga tidak boleh menyamakan situasi kekalahan di dua PRK sebelum ini sebagai kayu pengukur di Rantau kerana Pakatan Harapan (PH) mempunyai kekuatan berikutan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu adalah kuota PKR.


“Kemenangan di Rantau penting kerana ia adalah penanda aras untuk melihat sokongan rakyat terhadap kepemimpinan Anwar sebelum Ahli Parlimen Port Dickson itu diberi kepercayaan mentadbir negara.

“Kita akan memastikan calon kita, Dr. S. Streram menang kerana ia akan memberi isyarat rakyat di kawasan itu yang menanti Anwar untuk menjadi Perdana Menteri,” katanya ketika ditemui dalam Program Jelajah MPN di Kampung Tepi Laut, di sini hari ini.


Isnin lalu, PKR mengumumkan Streram yang juga timbalan Ketua Cabang PKR Rembau sebagai calon PH bagi PRK Rantau, sekali gus bakal bertemu Mohamad pada 9 April ini.

Mengulas mengenai kedua-dua calon tersebut, Johari menyifatkan Streram dan Mohamad mempunyai kekuatan masing-masing.


“Saya kenal dua-dua calon ini, Tok Mat (Mohamad) kawan semasa di universiti, manakala Streram pula kawan dalam PKR. Dua-dua ada kekuatan tetapi kelebihan pada kita (PKR),” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

https://pakdin.my/prk-rantau

Berita Berkaitan

Warisan punca peningkatan Covid-19, bukan GRS atau saya – Musa Aman

Saya berasa terpanggil menulis surat ini bagi menjelaskan punca sebenar peningkatan kes Covid-19 di...

Hajiji positif COVID-19, dirawat di hospital

Datuk Hajiji Noor disahkan positif COVID-19 dan kini dirawat di Hospital Queen Elizabeth, kata...

PRK Batu Sapi: BN tidak letak calon, fokus kesihatan rakyat – Zahid Hamidi

Barisan Nasional (BN) tidak akan meletakkan calon untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK)...

Pilihan raya kecil Batu Sapi akan tetap diadakan ?

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu pilihan raya kecil (PRK) bagi mengisi kekosongan...

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,360PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan