#PRKSandakan: Projek diumum Guan Eng telah diluluskan oleh pentadbiran BN sebelum ini - pakdin.my

Susulan kenyataan Lim Guan Eng Menteri Kewangan projek di Sandakan sempena PRK Sandakan, 2 projek di Sandakan yang ditekankan Lim Guan Eng sebenarnya diluluskan pentadbiran Barisan Nasional.

Projek naiktaraf landasan Lapangan Terbang Sandakan, dan rancangan tebatan banjir Sungai Anip diluluskan bawah Rancangan Malaysia ke-11 ketika pembentangannya pada 2015. [1]

Sekalipun hendak mencari laba politik menjelang PRK Sandakan, janganlah menutup kebenaran sebenar seolah-olah projek yang dilaksanakan ini adalah projek baru di bawah rejim Pakatan Harapan DAP .

Peruntukan RM80 juta untuk menaiktaraf landasan itu diumumkan perdana menteri pada 7 Mei 2017 ketika merasmikan bangunan terminal baru Lapangan Terbang Sandakan [2]

Dengan kata lain, peruntukan tambahan RM80 juta yang diumumkan pada 2017 ini sambungan kepada projek naik taraf yang telah dimulakan ketika pentadbiran BN lagi.

Mengenai projek tebatan banjir pula, semakan kemaskini terakhir di laman Jabatan Pengairan dan Saliran pada 12 Disember 2017 menunjukkan ia dirancang awal oleh kerajaan BN.

Kita menghargai keputusan Pakatan Harapan meneruskan projek pembangunan yang dirancang pentadbiran lalu.

Terdahulu, Lim mengumumkan Putrajaya meluluskan 49 projek bernilai RM2.28 bilion di Sandakan, dan menyediakan peruntukan RM183 juta untuk membiayai projek-projek itu yang sedang dan akan dilaksanakan sepanjang tahun ini.

Kenyataan menteri berkata antara projek itu ialah pemanjangan landasan dan penambahbaikan apron Lapangan Terbang Sandakan bernilai RM80 juta dan rancangan tebatan banjir Sungai Anip dianggarkan bernilai RM40 juta.

[1] https://www.water.gov.my/index.php/pages/view/1390?mid=296
(Last Updated 2017-12-12 13:25:09)

[2] RM80 juta naik taraf landasan Lapangan Terbang Sandakan
https://www.bharian.com.my/node/279951

UTAMAPILIHAN RAYA#PRKSandakan: Projek diumum Guan Eng telah diluluskan oleh pentadbiran BN sebelum ini

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium