#PRKSandakan: Sambutan hangat buat ‘Bossku Najib’ [Video]

0
8

Bekas perdana menteri Najib Razak mendapat sambutan hangat apabila muncul buat pertamanya pada kempen menyokong calon PBS dalam pilihan raya kecil ini

“Saya ke sini bukan kerana saya yakin akan meraih (undi) atau sebagainya. Saya cuma ingin menunjukkan saya masih prihatin dengan rakyat Sandakan dan Sabah.

“Mereka sangat rapat dengan saya dan apabila ada undangan untuk datang dan menyokong, saya melakukan apa yang boleh saya sumbangkan,” katanya kepada pemberita pada program pertamanya di pasaraya Giant di Bandar Utama.

Malahan, sebelum kehadiran Najib, ramai hadirin telah berhimpun di bahagian masuk pasaraya itu kelihatan tidak sabar-sabar menyambut kedatangannya.

Apabila kenderaan yang membawa bekas perdana menteri berhenti di pintu masuk Giant dan beliau menurunkan cermin tingkapnya, hadirin mula melaungkan slogan kempen media sosial Najib,”Bossku!”

Laungan itu tidak berhenti setakat beliau keluar daripada keretanya, malah Najib diserbu hadirin yang berebut-rebut mengambil swafoto atau bersalaman serta memeluknya ketika berjalan di dalam Giant.

Najib hiburkan hadirin dengan nyanyian

Orang ramai yang kelihatan teruja, masih tanpa henti melaungkan ‘Bossku’ dan mengikuti Najib ketika beliau berjalan-jalan di sekitar Giant, memeriksa harga telur, ikan dan minyak, antara lain.

Selepas itu, beliau keluar dari pasar raya dan menyertai persembahan kugiran Umno Sabah yang ditempatkan berhampiran bazar Ramadan di sebelah pasaraya berkenaan.

Najib bersama-sama Pengerusi Umno Sabah Bung Moktar Radin sempat menghiburkan hadirin yang berhimpun, dengan bekas perdana menteri menyampaikan persembahan dua buah lagu, Tanak Kampung oleh Jimmy Palikat dan The Young Ones oleh Cliff Richard.

“Apa khabar orang Sandakan?” Sapa Najib selepas menyanyi, berjawab sorakan hadirin,”baik!”

“Bossku sudah sampai. Ada orang kata ‘Bossku’ tak nak datang ke Sandakan? Tapi kata saya kalau orang jemput saya pasti datang.

“Nampaknya hari ini orang Sandakan memang menunggu kedatangan saya.

“Saya datang untuk shopping di sini tapi ada orang takut saya membeli-belah di sini. Saya datang shopping untuk tengok orang Sandakan.

“Saya nak tahu sudah satu tahun PH, sudah apa?” Soal Najib kepada hadirin.

Hadirin terus bersorak menjawab pertanyaan bekas presiden Umno itu: “Sudah kena kencing!”

Seterusnya, Najib menggesa orang ramai mengundi PBS esok, sebelum meneruskan bersiar-siar di bazar Ramadan.

Loading...

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here