26.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 29, 2020

#PRKSemenyih: UMNO Selangor akan cadang nama calon, pastikan BN menang

Jawatakuasa Pengurusan UMNO Selangor akan mencadangkan lima hingga enam nama calon bagi diputuskan oleh pengurusan UMNO Pusat untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata UMNO Bahagian Hulu Langat juga diminta bersedia dengan jentera dan persiapan untuk menghadapi PRK kali ini.


“UMNO akan mengadakan mesyuarat perhubungan bagi membincangkan penglibatan semua bahagian di Selangor bagi membantu kemenangan calon BN di Semenyih,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO dalam masa yang sama, berterima kasih kepada PAS kerana memberi laluan dan akan membantu memberi kemenangan kepada BN untuk bertanding dalam pilihan raya tersebut.


“Saya yakin kerjasama ini akan mengembalikan semula kerusi DUN Semenyih kepada UMNO,” katanya.

“Keputusan PAS memberi laluan jelas menunjukkan semangat kesetiakawanan serta keikhlasan PAS untuk bekerjasama bagi mempertahankan Islam serta mengangkat martabat bangsa yang kini dihimpit teruk oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH),” katanya lagi.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan 2 Mac sebagai hari mengundi bagi PRK DUN Semenyih dengan hari penamaan calon adalah 16 Februari sementara hari mengundi awal adalah 26 Februari.

Berita Berkaitan

Warisan punca peningkatan Covid-19, bukan GRS atau saya – Musa Aman

Saya berasa terpanggil menulis surat ini bagi menjelaskan punca sebenar peningkatan kes Covid-19 di...

Hajiji positif COVID-19, dirawat di hospital

Datuk Hajiji Noor disahkan positif COVID-19 dan kini dirawat di Hospital Queen Elizabeth, kata...

PRK Batu Sapi: BN tidak letak calon, fokus kesihatan rakyat – Zahid Hamidi

Barisan Nasional (BN) tidak akan meletakkan calon untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK)...

Pilihan raya kecil Batu Sapi akan tetap diadakan ?

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu pilihan raya kecil (PRK) bagi mengisi kekosongan...

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,359PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan