#PRKSgLimau: Penjumlahan Undi Bermula - pakdin.my

peti

Pengiraan undi bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Sungai Limau bermula pukul 5.30 petang Isnin di pusat-pusat pengundian.

Menurut jurucakap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), selepas itu jumlah undi yang diperoleh calon-calon bertanding akan dikumpulkan di pusat penjumlahan undi di Dewan Lukman Al-Hakim, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan di sini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan keputusan rasmi dapat diketahui seawal 9 malam Isnin.

Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertembungan antara calon BN, Dr AhmadSohaimi Lazim dan calon PAS, Mohd Azam Abdul Samat.

Kerusi DUN Sungai Limau kosong berikutan kematian Tan Sri Azizan Abdul Razak yang merupakan wakil rakyat kawasan itu sejak 1995.

DUN Sungai Limau mempunyai 27,222 pemilih berdaftar, meliputi 25,323 orang atau 93 peratus pengundi Melayu, 1,842 orang atau 6.7 peratus (Cina), 15 orang atau 0.6 peratus (India) dan selebihnya kaum-kaum lain.

UTAMA#PRKSgLimau: Penjumlahan Undi Bermula

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium