#PRKTajungPiai: Dah mula…

Kita sama-sama tunggu jika ada pengumuman ECRL akan belok ke Tanjung Piai nanti. [pakdin.my]

1) 15 Okt 2019:
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Harun mengumumkan pemasangan 264 lampu jalan di jajaran jalan raya luar bandar di Tanjung Piai dengan kos RM127,776 serta menyampai geran MPKK kepada ketua kampung dalam Parlimen Tanjung Piai dengan peruntukan RM230,000.

Alasan diguna:
Nak bantu Rakyat sahaja. Bukan kerana PRK.

2) 19 Okt 2019:
Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq mengumumkan peruntukan persekutuan RM4 juta untuk menaik taraf kemudahan sukan dan rekreasi di Tanjung Piai.

Alasan diguna:
“Penuhi ‘permintaan arwah MP. Bukan kerana PRK.”

3) 20 Okt 2019:
Menteri Pertanian Salahuddin Ayub umum peruntukan RM3 juta untuk menaik taraf tiga jeti nelayan dalam Parlimen Tanjung Piai.

Alasan diguna:
“Penuhi komitment yang pernah diberi kepada arwah MP. . Bukan kerana PRK.”

Kita sama-sama tunggu jika ada pengumuman ECRL akan belok ke Tanjung Piai nanti.

Jangan Hospital Semenyih atau Hospital Rantau bakal dipindah ke Tanjung Piai juga.

(List akan dikemaskini dari masa ke semasa)

Facebook Najib Razak
https://www.facebook.com/157851205951/posts/10156433232125952/

Loading...