#PRKTanjungPiai: Senarai peruntukan secara KEBETULAN-KEBETULAN masa PRK - pakdin.my

KEBETULAN 1) 13 Okt 2019
Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin umumkan peruntukan RM3 juta untuk kerja naik taraf serta pembinaan dewan di Kukup, Tanjung Piai.

Alasan diguna :
Peruntukan ini sudah diluluskan masa dahulu. Menteri di sana untuk memastikan kerja tidak tergendala. Bukan kerana PRK.

KEBETULAN 2) 15 Okt 2019:
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Harun mengumumkan pemasangan 264 lampu jalan di jajaran jalan raya luar bandar di Tanjung Piai dengan kos RM127,776.

Menteri juga menyampai geran MPKK kepada ketua kampung dalam Parlimen Tanjung Piai dengan peruntukan RM230,000.

Alasan diguna :
Nak bantu Rakyat sahaja. Bukan kerana PRK.

KEBETULAN 3) 19 Okt 2019:
Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq mengumumkan peruntukan persekutuan RM4 juta untuk menaik taraf kemudahan sukan dan rekreasi di Tanjung Piai.

Alasan diguna :
“Penuhi ‘permintaan arwah MP. Bukan kerana PRK.”

KEBETULAN 4) 20 Okt 2019:
Menteri Pertanian Salahuddin Ayub umum peruntukan RM3 juta untuk menaik taraf tiga jeti nelayan dalam Parlimen Tanjung Piai.

Alasan diguna::
“Penuhi komitment yang pernah diberi kepada arwah MP. . Bukan kerana PRK.”

KEBETULAN 5) 28 Okt 2019:
Pada hari pengumuman calon PPBM, Menteri Dalam Negeri Muhyiddin umum bahawa Menteri Hal Ehwal Ekonomi meluluskan pertuntukan tambahan sebanyak RM7 juta untuk Tanjung Piai.

Alasan diguna:
“Ini cuma satu kebetulan. Kita berterima kasih kepada Azmin.”

“Muhyiddin defends RM14.7m allocation for Tanjung Piai, insists announcement coincidental’
https://www.malaymail.com/news/malaysia/2019/10/28/muhyiddin-defends-rm14.7m-allocation-for-tanjung-piai-insists-announcement/1804560

KEBETULAN 6) 1 Nov 2019

Menteri Besar Johor Sahruddin Jamal menyerahkan peruntukan hampir RM115,000 untuk pembinaan dua unit sangkar HDPE dan benih ikan kepada peserta serta pengusaha industri itu.

Beliau kemudian turut menyampaikan peruntukan kira-kira RM11 juta untuk pembinaan dewan masyarakat dan dewan serbaguna bagi beberapa sekolah di sekitar Tanjung Piai.

Alasan diguna :
“Penuhi ‘permintaan arwah MP. Bukan kerana PRK.”

(List akan dikemaskini dari masa ke semasa)

NOTA: Tapi BR1M adalah rasuah pulak, bukan kebetulan atau bantuan kepada Rakyat.

Najib Razak

UTAMANAJIB RAZAK#PRKTanjungPiai: Senarai peruntukan secara KEBETULAN-KEBETULAN masa PRK

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium