#PRKTanjungPiai: SPR patut ingatkan PH, patuhi undang-undang berkempen

Kita ingin memperingatkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun bahawa dia telah beberapa kali memperingatkan PH bahawa aktiviti kempen seperti penjamuan makanan dan minuman serta pemberian hadiah sama ada dalam bentuk barangan atau wang, untuk secara rasuah mempengaruhi pengundi adalah kesalahan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

- Advertisement -

Saya lampirkan bukti untuk dua insiden “pemberian hadiah” oleh PH dalam PRK Tanjung Piai ini.

Sila tangkap itu Teresa Kok dan juga calon PH kerana telah terang-terang melanggar undang-undang Malaysia.

Facebook Najib Razak
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10156492229685952&id=157851205951

………………
SPR ingatkan calon, parti patuhi undang-undang berkempen

Aktiviti kempen seperti penjamuan makanan dan minuman serta pemberian hadiah sama ada dalam bentuk barangan atau wang, untuk secara rasuah mempengaruhi pengundi adalah kesalahan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun, berkata sebarang tindakan atau pernyataan mengganggu mana-mana pengundi daripada menjalankan haknya secara bebas juga adalah satu kesalahan mengikut akta sama.

Justeru, beliau berkata, pihak terbabit dalam aktiviti kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan diingatkan supaya mematuhi semua undang-undang, peraturan dan etika pilihan raya sepanjang tempoh kempen bermula selepas perisytiharan calon, esok hingga jam 11.59 malam 10 Mei depan.

“SPR juga ingin mengingatkan calon atau parti diwakili calon agar tidak menyalahgunakan aset kerajaan atau kuasa kerajaan untuk meraih undi.

“Calon dan pihak terbabit dalam aktiviti kempen hendaklah berkempen secara berhemah dan mengikut etika kempen yang menjamin keharmonian masyarakat.

“Segala arahan pihak berkuasa, terutama daripada SPR, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau polis, hendaklah sentiasa dipatuhi,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Secara khusus, antara kesalahan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 ialah tindakan atau pernyataan bertujuan atau cenderung untuk mengembangkan perasaan jahat, tidak puas hati atau permusuhan antara kaum.

Selain itu, tindakan atau pernyataan yang mengancam menggunakan kekerasan, keganasan atau halangan terhadap pengundi, dan tindakan atau pernyataan yang mengancam mengenakan apa-apa bencana, kecacatan, kerosakan atau kerugian keduniaan atau kerohanian terhadap pengundi.

Seterusnya, tindakan atau pernyataan yang mendorong mana-mana pengundi supaya mempercayai dia atau mana-mana orang akan menjadi seorang dimurkai Tuhan atau dicela kerohaniannya.

Azhar berkata, mana-mana pihak ada maklumat atau keterangan mengenai pelanggaran undang-undang dalam aktiviti kempen, boleh melaporkannya kepada pihak berkuasa yang berkenaan.

Beliau berkata, bagi perbuatan membabitkan amalan rasuah, laporan perlu dibuat kepada SPRM, manakala polis bagi kesalahan lain mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya atau Kanun Keseksaan.

“Semua pihak diingatkan bahawa sebarang bentuk kempen atau aktiviti merayu undi adalah dilarang pada hari mengundi, termasuk melalui saluran media sosial. Semua parti dilarang untuk membuka, membina atau menyelenggarakan pejabat atau barung pada hari mengundi.

“SPR berharap semua pihak mematuhi undang-undang, peraturan dan etika kempen pilihan raya pada PRK ini bagi memastikan kelancaran proses pilihan raya dan tidak menggugat ketenteraman serta keselamatan awam,” katanya.
BH Online

Berita Berkaitan

Komen

......
Advertisment

Instagram

Terkini

Anwar Dilantik Ketua Pembangkang

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof secara rasmi mengumumkan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih sebagai Ketua...

Anwar Dilantik Ketua Pembangkang

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof secara rasmi mengumumkan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih sebagai Ketua...

Nasihat KKM kepada yang menjadikan sosej hidangan utama

Jika anda beranggapan bahawa kandungan sosej sama seperti daging atau ayam segar, anggapan tersebut adalah SALAH sama sekali. Sosej bukan daging sebenar. Sosej adalah sejenis...

Khalid patut diusir, Saifuddin pertahan tindakan Yang Dipertua Dewan Rakyat

Tindakan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun mengarahkan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad keluar dewan dipertahankan wakil rakyat dari kerajaan. Ahli...

Vaksin Covid-19 tak mungkin siap tahun depan, kata pakar

Kemungkinan vaksin koronavirus siap 100 peratus pada tahun depan adalah tipis, kata pakar Perancis, memberi amaran tentang mengambil langkah penjarakan sosial secara serius. “Menghasilkan vaksin...

Nga Letak Jawatan Timbalan Speaker

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming mengumumkan meletak jawatan serta-merta bermula hari ini. Beliau berkata, ia sejajar prinsipnya hanya akan berkhidmat kepada kerajaan yang...

Sering Dibaca

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

01:00:37
Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan yang mendalam berhubung insentif dan proses pelaburannya yang akan menjadikan negara ini menonjol daripada yang...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Jan-Apr 2019 (tak ada krisis Covid): - Pinjaman baru: RM54.8b (termasuk bon samurai RM7.8b) - Bayaran balik hutang: RM17.7b - Hutang negara tambah RM37.1b. Jan-Apr 2020 (krisis Covid) -...

Bimbang rusuhan di AS, harga minyak jatuh

NEW YORK – Harga minyak jatuh disebabkan rusuhan di bandar-bandar besar Amerika Syarikat (AS) ketika dagangan meningkat kerana pasaran optimistik Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak...

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.