#PRKTanjungPiai: “Won the battle but lost the war” - pakdin.my

Dari awal lagi, saya antara yang mahukan UMNO letak calon di Tanjung Piai.

Hujah saya ketika itu adalah ‘pertunjukkan kekuatan’ Muafakat Nasional yang baru dilancarkan.

Saya menulis beberapa status untuk menyokong calon BN dari UMNO.

Bagaimanapun pandangan awal itu akhirnya saya betulkan selepas ditunjukkan data pilihanraya yang terkini dan hujah2 lain.

Jelas dari segi strategi jangka panjang meletakkan calon MCA adalah langkah sederhana yang benar.

Faktanya MCA kalah di kerusi tersebut dalam PRU lalu adalah antara yang terkecil -500 undi manakala undi rosak 800 dan ahli UMNO yang tidak keluar mengundi PRU14 LEBIH 3000 orang.

Mereka boikot kerana mood ketika itu mahukan calon UMNO lawan PPBM.

Sekarang pun begitu, tinggal lagi payah nak boikot dalam PRK berbanding PRU.

Berdasarkan unjuran yang saya lihat, jika kita letak calon UMNO, untuk menang BN perlu dapat 90 peratus undi Melayu.

90 peratus undi Melayu dalam PRK di kawasan pengundi Melayu adalah 57 peratus adalah maksimum.

Kaum Cina mempunyai 42 peratus pengundi dn pada PRU lalu calon BN menang satu dari sembilan PDM majoriti Cina.

Meletakkan semula calon BN dari MCA sudh pasti akan mengecewakan ahli UMNO, tapi itulah namanya berkongsi kuasa.

Jika di kawasan 42 peratus Cina pun, MCA tak boleh bertanding… di manakah parti kompinen BN itu hendak bertanding?

Lagipun inilah cabaran sebenar Muafakat Nasional… untuk menang di kawasan campuran yang mewakili 40 peratus kerusi pilihanraya umum.

Ini juga peluang untuk MCA bangkit semula… dan paling penting adalah bagaimana BN menghormati pengkongsian kuasa antara gabungan tersebut.

Jangan kita menang sorak… menang pertempuran tetapi kalah peperangan.

Siapa menang di Tanjung Piai kerajaan tak berubah… tapi rakyat menilai kita semua untuk PRU akan datang.

Jiwa besar UMNO, kesabaran MIC dan MCA akan memberi sinar semula kepada Malaysia selepas zaman kegelapan di era PH ini.

Sehingga malam ini… siapapun yang jadi calon, marilah kita dukung dan berkerja keras untuk merampas kerusi PH di Tanjung Piai.

Sumber asal:
Helmie Hanafi

Nota kaki:
Siapa yang rajin senaraikan DUN seluruh Johor, Selangor, Pulau Pinang dengan mencampurkan undi UMNO + PAS. Boleh atau tidak memerintah negeri-negeri tersebut?

UTAMAPILIHAN RAYA#PRKTanjungPiai: "Won the battle but lost the war"

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium