27.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, January 24, 2021

PRN Sabah: SPR tetapkan hari mengundi 26 September, penamaan calon 12 September

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 September sebagai tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16.

Pengumuman dibuat oleh Timbalan Pengerusi SPR Dr Azmi Sharom dalam sidang medianya pada petang Isnin selepas mempengerusikan mesyuarat khas SPR berhubung PRN Sabah.

Menurut Azmi, tarikh penamaan calon bagi pilihan raya berkenaan pula pada 12 September, manakala pengundian awal ditetapkan pada 22 September.

“Tempoh berkempen ditetapkan 14 hari bermula pengisytiharan calon yang bertanding, sehingga 11.59 malam 25 September 2020,” katanya.

SPR turut memutuskan melanjutkan waktu membuang undi selama 30 minit.

Menjelaskan perkara itu, Azmi berkata waktu membuang undi diawalkan bermula 7.30 pagi hingga 5 petang berbanding 8 pagi hingga 5 petang pada PRU lalu.

Dr Azmi berkata terdapat 1.12 juta pengundi dan SPR menjangkakan lebih 70 peratus pengundi akan mengundi pada PRN Sabah ini.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dibubarkan pada 30 Julai lepas bagi memberi laluan kepada PRN diadakan dalam tempoh 60 hari. – BERNAMA

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.