PRN Sarawak – PILIHAN RAYA PILIHAN AHLI-AHLI PKR KELUAR PARTI - pakdin.my

Tidak sah sekiranya tiada ahli-ahli PKR mahupun Pakatan Pembangkang lain yang bertindak keluar parti dalam ketika pilihan raya. Fenomena ini menjadi suatu tradisi bagi ahli-ahli PKR.
Ketika PKR dan Pakatan Pembangkang sibuk berkempen, tindakan 450 ahli-ahli PKR Simunjan telah mengambil keputusan keluar parti. Keputusan keluar parti diambil berikutan kecewa dengan tindakan pemimpin PKR yang tidak mengambil berat terhadap kebajikan rakyat dan ahli-ahli parti.
Mereka menyerahkan borang menyertai BN secara rasmi kepada Datuk Noh Omar sambil disaksikan calon BN di DUN Simunjan.
Menurut salah seorang daripada mereka itu, rakan-rakannya telah lama menyimpan niat untuk keluar PKR. Selama ini PKR hanya menabur janji-janji palsu dan tidak serius dalam memperjuangkan hak-hak rakyat.
Tindakan 450 ahli-ahli PKR keluar parti itu bukanlah yang terakhir bahkan akan disertai lebih ramai lagi ahli-ahli PKR bagi menyatakan sokongan kepada BN.

Read more: http://cetusankenyalang.blogspot.com/2011/04/pilihan-raya-pilihan-ahli-ahli-pkr.html#ixzz1J1FbQ0QV

UTAMABERITAPRN Sarawak - PILIHAN RAYA PILIHAN AHLI-AHLI PKR KELUAR PARTI

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium