#PRNMelaka: Calon KM Melaka Sulaiman Md Ali berkeperibadian luhur, berintegriti dan beramanah – Dr Asyraf #pakdin.my

Calon Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali adalah seorang yang berkeperibadian luhur, dikenali seorang yang tegas berintegriti dan beramanah, ujar Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Ujar Ketua Pemuda UMNO itu, Sulaiman yang mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ini juga seorang yang mudah mesra, senang diajak berunding dan cakna kepada masalah rakyat.

“Sepanjang menjadi Ketua Menteri beliau amat berdisiplin dalam pentadbiran dan tegas memastikan tiada ketirisan dalam perbelanjaan.

“Beliau juga terkenal sebagai pemimpin yang cukup menjaga bab solat berjemaah. Rutin harian bermula dengan solat Subuh berjemaah di masjid, malah dijadikan sebahagian program menjelajah masjid setiap daerah,” ujarnya dalam satu hantaran di Facebook yang memuat naik gambarnya bersama Sulaiman sejurus selepas BN melancarkan manifestonya.

Hari ini BN melancarkan manifesto yang bertemakan ‘Kestabilan Demi Kemakmuran’ dengan lima teras utama sebagai aku janji kepada rakyat, antaranya Kestabilan Politik, Lonjakan Ekonomi, Kecekapan Tadbir Urus, Masyarakat Bersatu Padu dan Pembangunan Mapan dan Perkongsian Kemakmuran.

Pengarah Pilihan Raya BN yang juga Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan ketika melancarkan manifesto itu berkata, ia merupakan aku janji yang realistik dan mampu siap dalam tempoh lima tahun akan datang selain tidak dirangka secara semberono, sebaliknya mengambil kira semua keperluan rakyat.

Berkaitan